Pasukan Honda Asia-Dream Racing with SHOWA sasar penyudah 10 teratas

Uncategorized Adea Ghafar 11-Dis-2019

KUALA LUMPUR, 11 Dis – Pasukan motosikal Honda Asia-Dream Racing with SHOWA menyasarkan penyudah 10 teratas dalam Kejohanan Endurance Dunia FIM (EWC), hujung minggu ini.

Menurut pengurus pasukan, Zulhelmi Ahmad, mereka yakin menampilkan tiga pelumba berpengalaman terbaik mereka, Mohd Zaqhwan Zaidi dari Malaysia, Andi Farid Izdihar dari Indonesia dan Somkiat Chantra dari Thailand.

Penggunaan jentera motor mutakhir Honda CBR1000RR akan memberikan persaingan hebat, beserta kekuatan barisan ahli pasukan secara keseluruhan diharap akan dapat menyempurnakan misi ini.

EWC Malaysia kali pertama ini akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, dan menjadi pusingan kelayakan untuk pasukan Asia ke acara 8 Jam Suzuka tahun hadapan.