PBAPP rangkul 36 anugerah sejak tiga tahun lepas

Uncategorized Adea Ghafar 13-Dis-2019

GEORGE TOWN, 13 Dis (Bernama) — Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP), selama tiga tahun dipimpin Datuk Jaseni Maidinsa, Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP telah berjaya memperoleh 36 anugerah tempatan dan antarabangsa.

Terkini, PBAPP telah memenangi ‘The Edge-Centurion Club Corporate Award 2019’ daripada Kumpulan Media The Edge. Turut dimenangi adalah Anugerah Kecemerlangan 2017 (Institut Kimia Malaysia), Anugerah Air Malaysia untuk Pengurusan 2018 (Persatuan Air Malaysia), dan Anugerah Emas Kecemerlangan Majikan 2019 (Persekutuan Majikan-majikan Malaysia).

Menurut Jaseni, PBAPP punyai tradisi lama dan cara tersendiri, disokong pekerja yang berkeprihatinan tinggi dalam menghadapi cabaran dan melakukan yang terbaik demi meningkatkan prestasi syarikat.