Pelajar cemerlang UniSZA miliki syarikat ´runner´ bernilai RM1juta

Uncategorized Adea Ghafar 14-Dis-2019

KUALA TERENGGANU, 14 Dis – Pelajar cemerlang dan Tokoh Siswa Kebangsaan 2018 dari Fakulti Sains Sosial Gunaan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Muhammad Ziyad Mohd Yazid, 23 tahun, memiliki sebuah syarikat bernilai RM1 juta. Syarikatnya, GetMove Sdn. Bhd, menguruskan perkhidmatan penghantaran barang yang dijenamakan sebagai ‘GetRunner’.

Ilham aplikasi ‘GetRunner’ yang merupakan platform menghubungkan ‘runners’ dengan pelanggan berpunca daripada pengalaman Muhammad Ziyad menjadi ‘runner’ dengan kenderaan sendiri untuk membeli makanan dan menghantar barang rakan-rakannya.

‘Getrunner’ diasaskan bersama Khairul Ikhwan Zulkefly, 27, dan Wan Muhammad Amirul Amin, 22. Ia disokong beberapa pelabur dan turut mendapat geran program Khazanah Nasional Entrepreneurship Outreach pada 2018.