Pelajar Kolej Vokasional Taiping juarai anugerah Festival Anugerah Pencipta Dunia

Uncategorized MAS 12-Dis-2019

Nurazira Muhammad Saiful dan Nur Aikeyra Wafa Nashwa Karim menggondol tiga anugerah pada festival di Korea Selatan. Hasil ciptaan mereka, Sistem Kunci Parkir Motor Berkuasa Tinggi memenangi antara lain Innovation Inventor Grand Award. Dua lagi anugerah yang diterima adalah Anugerah Pingat Emas dan Anugerah Electronics Field Order of Merit.

Sistem berkenaan dicipta untuk menyekat kecurian motosikal dan memperbaiki sistem keselamatan di kawasan tempat letak motosikal.

Hanya kata laluan dan nombor telefon diperlukan untuk mengaktifkan sistem secara automatik. Global System for Mobile Communication (GSM) digunakan sebagai medium penghantaran pesanan ringkas untuk kata laluan. GSM juga berfungsi menyampaikan maklumat keselamatan motosikal.