Pelan Pascabayar Internet Celcom Serendah RM28 Sebulan

Setiap hari, berapa lama jumlah masa yang anda ambil untuk melayari internet menggunakan telefon pintar atau gajet?

2 jam? Tidak mungkin sekejap itu, bukan?

Jika ditambah waktu bekerja di pejabat yang rata-rata daripada kita perlu menggunakan internet serta penggunaan internet di luar waktu kerja untuk melayari laman-lama media sosial pula, secara keseluruhannya, mungkin kita menghabiskan kira-kira setengah hari untuk menggunakan internet.

Situasi ini telah menjadikan internet sebagai satu keperluan oleh kebanyakan daripada kita.

Seiring dengan perkembangan terkini pula, pengguna kini menginginkan kemudahan internet dengan data yang lebih besar, kemudahan yang lebih fleksibel serta nilai yang lebih.

Menyedari permintaan tersebut, pelan pascabayar Celcom Xpax memperkenalkan XP Lite, yang menawarkan pelanggan pilihan untuk memilih pas penggunaan dengan internet yang lebih banyak, di samping menikmati ganjaran lebih besar bersama rangkaian 4G LTE.

Pelanggan yang mendaftar dengan XP Lite pada harga RM28 bakal menikmati panggilan tanpa had dan internet sebanyak 1GB sebulan.

Untuk lebih banyak penggunaan internet, anda boleh ‘SIZE UP’ atau menambah kepada 14GB internet pada harga RM30 (L Pass) ataupun tambahan 7GB internet pada harga RM10 (M Pass) sebulan!

Anda juga boleh menikmati internet tanpa had dengan Ultra Hour Pass daripada RM1 bersama-sama dengan pas L atau pas M melalui aplikasi Celcom Life.

Tidak cukup dengan itu, bagi yang masih kekal atau ‘STAY ON’ bersama dengan XP Lite selama enam bulan secara berterusan, anda akan diberi ganjaran percuma 1 jam Ultra Hour Pass internet tanpa had bagi pelanggan pas L, manakala pelanggan pas M akan menerima 1GB Video Walla.

Selain itu, pelanggan XP Lite dengan pas L juga berpeluang untuk memiliki telefon pintar OPPO A1K secara percuma sementara stok masih ada, atau telefon pintar pilihan mereka seperti nubia Red Magic 3, Vivo Y17, VivoY19C dan OPPO A5 dengan harga serendah RM99.

Ketua Pegawai Produk dan Inovasi Celcom Axiata Berhad, Roy Ong berkata, Celcom Xpax kini ditambahbaik dengan memperkenalkan XP Lite baharu, iaitu satu pelan inovatif ‘pick and mix’ yang memberikan internet berkelajuan tinggi tanpa had yang berterusan bersama fleksibiliti akses dan keistimewaan digital tambahan.

Size up pelan XP Lite anda dan nikmati lebih banyak internet dengan faedah tambahan seperti akses kepada data berkelajuan tinggi dan pakej peranti tanpa had secara mudah.

“Pelan yang berpatutan ini juga menawarkan ganjaran hebat untuk pelanggan yang kekal bersama XP Lite,” ujarnya.

 

Sehingga kini, rangkaian LTE Celcom merangkumi liputan populasi 96% di 10 daripada 14 negeri di seluruh negara, menggunakan teknologi end-to-end seperti 4T4R multiple input, multiple output (MIMO), Carrier Aggregation, 256 Quadrature Amplitude Modulation (QAM) dan banyak lagi.

Apabila XP Lite baharu digabungkan bersama rangkaian Celcom, ia membolehkan pengguna menikmati pengalaman digital terbaik dan lancar seperti penstriman video, rangkaian sosial dan permainan mudah alih.

Foto: Celcom Axiata Bhd.