Pelancong guna eNTRI tetap tertakluk peraturan sedia ada – KDN

Uncategorized Ahmad Mahmud 29-Dis-2019
Petaling Street, Kuala Lumpur
Mereka yang dalam kesusahan - kerajaan dan gelandangan © Chris Mouyiaris | Dreamstime.com

KUALA LUMPUR: Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini, pelaksanaan Electronic Travel Registration and Information (eNTRI) bagi pelancong Republik Rakyat China (RRC) mulai 1 Januari hingga 31 Disember 2020 tidak akan menyebabkan mereka tinggal lebih masa di Malaysia dan pelancong masih tertakluk kepada semua undang-undang imigresen.

Kerajaan telah mengecualikan visa pelancong India dan China bagi lawatan tidak melebihi 15 hari di Malaysia. Namun, para pelancong berkenaan perlu melengkapkan pendaftaran maklumat melalui sistem eNTRI yang akan memantau pelancong yang menggunakan kemudahan tanpa visa ini.

Sebarang permohonan semula melalui eNTRI hanya boleh dilaksanakan selepas 45 hari pelancong keluar dari Malaysia.