Pelancongan Malaysia terjejas adalah tidak benar

Budaya Syed Safri 30-Jan-2020
Menara Kuala Lumpur
Menara Kuala Lumpur © Miroslav Liska | Dreamstime.com

Masih terlalu awal untuk mengukur prestasi pelancong asing memasuki Malaysia berikutan wabak koronavirus baru, demikian tegas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohamaddin Ketapi. Berdasarkan keadaan semasa, terlalu awal untuk dikatakan industri pelancongan Malaysia akan terjejas.

Wabak koronavirus baru berlaku bukan sahaja di Malaysia, ia juga dialami di banyak negara-negara lain. Perkara ini terlalu awal untuk difahami dan masih belum sampai sebulan. Oleh itu, jumlah sasaran pelancong bagi industri pelancongan Malaysia masih kekal 30 juta orang sempena Tahun Melawat Malaysia (VM2020).

Beliau ditemui selepas merasmikan majlis bersama usahawan di Festival Kraf yang bertempat di Dataran Muhammadi, Kota Bharu. Tambah Mohamaddin, pastinya sektor pelancongan Malaysia tidak bergantung kepada hanya satu negara untuk menarik para pelancong. Contohnya pada tahun lepas, pelancong dan pelawat dari Singapura adalah yang paling banyak, bukannya dari negara China. Ini juga adalah benar bagi negara-negara lain yang tidak bergantung hanya kepada satu negara sahaja.

Bercakap mengenai kejayaan industri tekstil negara bagi tahun 2019, Kraftangan Malaysia telah mencapai nilai jualan produk kraf sebanyak RM519.7 juta. Sementara itu, jumlah bilangan usahawan pula adalah seramai 5,816 dengan 11,096 tenaga kerja. Daripada jumlah ini, 42% atau RM219.7 juta mewakili nilai jualan produk kraf tekstil. Penglibatan usahawan kraf tekstil pula adalah seramai 1,781 orang.

Industri kraf tekstil Malaysia seperti batik, songket dan tenunan didapati terus berkembang melalui pengeluaran pelbagai jenis produk yang bercirikan reka bentuk corak yang unik dengan penggunaan bahan-bahan baru yang menonjolkan identiti setempat.

Tekstil batik Malaysia juga mewarnai acara-acara kebangsaan rasmi, di mana pakaian batik dipakai oleh pemimpin tertinggi negara, seperti Perdana Menteri Malaysia, menteri-menteri kabinet dan tetamu jemputan. Ini dapat dilihat semasa sambutan Hari Kebangsaan 2019 dan majlis perasmian dan sambutan Ambang 2020.

Ingin berkata sesuatu?

Sila berhubung!