Buletin SalamWebToday
Daftar untuk mendapatkan artikel SalamWeb Today setiap minggu!
Maafkan kami, ralat berlaku disebabkan oleh:
Dengan melanggan, anda bersetuju dengan Syarat dan Dasar Privasi SalamWeb
 Seni Buletin

Pembahagian Daging Qurban

Islam 09 Ogo 2019

Kadangkala sering kali muncul persoalan siapakah golongan yang paling afdal atau layak menerima agihan daging qurban setiap kali menjelangnya hari raya Aidiladha. Pembahagian daging qurban terbahagi kepada dua jenis, iaitu sembelihan qurban wajib (nazar) dan sembelihan sunat seperti yang berikut:

(a) Pembahagian daging qurban wajib atau nazar: Wajib semua dagingnya termasuk kulit dan tanduk disedekahkan kepada orang fakir dan miskin, dan haram bagi pihak orang yang berqurban memakan daging qurbannya atau memanfaatkan sembelihan itu untuk kepentingan dirinya.

(b) Pembahagian daging qurban sunat:(Menurut pandangan ulama mazhab Shafi‘i)

(i) 1/3 untuk dimakan oleh pihak yang berqurban dan ahli keluarganya;

(ii) 1/3 untuk disedekahkan kepada fakir dan miskin;

(iii) 1/3 untuk dihadiahkan kepada sahabat handai termasuk orang kaya atau jiran-jiran.

Yang paling afdal menurut pandangan ulama mazhab Shafi‘i ialah bersedekah semuanya kecuali pada beberapa ketul atau suapan yang agak berpatutan dimakan oleh orang yang berqurban untuk mengambil berkat, seperti sebahagian hati kerana ianya sunat dimakan. Amalan ini pernah dilakukan oleh Nabi S.A.W. ketika Baginda melakukan qurban.

 

Sumber : www.islam.gov.my

Foto : Humas Polres Rohil