Pembangunan Parliamen Simpang Renggam 2019 diagihkan RM4.5 juta

Uncategorized Yen Doran 23-Dis-2019

Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM4.5 juta bagi pembangunan Parlimen Simpang Renggam, Johor dan kebajikan penduduk kawasan itu dari Mei 2018 hingga Disember tahun ini.

Berdasarkan infografik kad laporan Menteri Pendidikan, juga Ahli Parlimen kawasan itu, Dr Maszlee Malik yang dikongsikan menerusi ciapan laman Twitter rasminya, sebanyak 41 peratus atau RM1.85 juta diagihkan bagi kemasyarakatan dan program.

Sebanyak 37 peratus (RM1.65 juta) pula disalurkan untuk pembangunan rakyat dan infrastruktur, sementara masing-masing 11 peratus bagi kebajikan (RM509,000) dan pendidikan (RM488,400).