Pembinaan venue Sukma Johor capai 80 peratus

Uncategorized Adea Ghafar 20-Dis-2019

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Sukma Johor, On Jabbar @ Ja’afar mengumumkan perlaksanaan pembinaan dan menaik taraf tempat lokasi Sukan Malaysia (SUKMA) Johor 2020 oleh Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) telah 80% selesai dan akan siap pada April 2020.

Beliau berkata, venue yang telah siap adalah Stadium Olahraga Mount Austin dan venue yang separuh siap termasuk trek velodrom dan BMX di Youth Hub Iskandar, Iskandar Puteri, dan Arena Emas di Taman Impian Emas dengan gelanggang memanah, boling padang, petanque dan skuasy.

SUKMA dijadualkan berlangsung dari 11 hingga 19 Julai 2020, diikuti Para Sukma, dari 16 hingga 22 Ogos 2020.