Pembunuhan Altantuya Shaariibuu: Najib Razak lafaz sumpah laknat

Uncategorized MAS 20-Dis-2019

Bekas Perdana Menteri itu melafazkan sumpah laknat bagi menafikan tuduhan pembunuhan Altantuya Shaariibuu, hari ini. Tuduhan yang terkandung dalam akuan berkanun (SD) Azilah Hadri itu mendakwa menerima arahan beliau untuk melakukan pembunuhan tersebut.

Sumpah laknat itu dilafazkan selepas selesai mengerjakan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru. Beliau turut mendakwa tidak pernah berjumpa dan tidak mengenali mendiang sama sekali.

Najib Razak turut ditemani isteri, Rosmah Mansor dan anak mereka, Nooryana Najwa. Pemimpin kanan UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, Ahmad Maslan dan Abdul Azeez turut hadir.

Azilah Hadri, bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) polis didapati bersalah membunuh Altantuya sebelum ini.