Pementasan teater ‘Kisah Apung Dengan Rambut Emas’ di UPM, Isnin ini

Uncategorized Syed Safri 07-Dis-2019

SERDANG, 7 Dis — Sempena Malam Tradisi Sastera Rakyat (MTSR) Ke-35 Universiti Putra Malaysia (UPM), Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) akan mementaskan teater bertajuk ‘Kisah Apung Dengan Rambut Emas’ di Dewan Besar, Isnin pukul 8.00 malam.

Menurut pensyarah Kanan Jabatan Bahasa Melayu, Prof. Madya Dr. Roslina Abu Bakar, teater adaptasi cerita rakyat ‘Kedidi Melawan Lautan’ terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka ini diharap dapat memenuhi keperluan tradisi keilmuan dalam menghayati kesusasteraan Melayu.

Teater anjuran pelajar Kesusasteraan Rakyat Melayu, Program Ijazah Sarjana Muda Sastera ini dipersembahkan oleh Produksi Seroja Kesuma, skrip oleh Milyana Arshad dan arahan Nadia Syamimi Yusof.