Pemikiran positif dan kesannya dalam diri

Sahsiah Ahmad Mahmud 14-Apr-2020
Fikir positif © Shutter999 | Dreamstime.com

Takrifan am pemikiran positif menurut Oxford Dictionaries adalah “amalan atau keputusan penumpuan minda seseorang dengan tegas, terhadap aspek yang baik dan konstruktif bagi sesuatu perkara dalam menghapuskan sikap dan emosi yang negatif atau merosakkan.”

Jika dihuraikan, pemikiran positif adalah sikap mental dan emosi yang terdiri daripada harapan untuk meraih hasil yang baik dan menguntungkan, dan bukannya berkecil hati apabila sesuatu tidak berlaku seperti yang diharapkan. Ia tidak menyuruh seseorang tidak sedarkan diri dan suka berangan kerana mempercayai bahawa segalanya pasti hebat dan luar biasa. Ia hanya satu cara untuk melihat perkara-perkara yang tidak menyenangkan dalam keadaan yang lebih berguna dan lebih diduga, bukannya menumpukan perhatian kita pada gambaran-gambaran terburuk.

Orang yang optimis, walaupun membayangkan hasil terbaik, mungkin sangat bersedia untuk menghadapi akibat dari hasil yang paling teruk dalam sesuatu keadaan. Bersedia untuk menghadapi keadaan paling teruk, dan berfikir ia mungkin akan berlaku adalah dua perkara yang berbeza.

Contoh pemikiran positif ketika menghadapi kesulitan di tempat kerja atau rumah, adalah begini: “Kita tidak akan maju apabila berhadapan dengan hal-hal yang mudah, kita maju apabila kita menghadapi cabaran.” Tambahan pula, adalah penting untuk difahami bahawa ramai di antara kita yang merasa kasihan terhadap diri sendiri secara terlalu kerap. Namun, siapa lagi yang patut merasa kasihan kepada diri jika bukan diri sendiri?

Sikap ini bagaimanapun, menggalakkan pemikiran negatif. Dengan memimpin kita melalui jalan mudah, akibat daripada selalu mengubati diri sendiri, minda sebegini akan mendorong kita mengelak cabaran dan kesusahan, akhirnya menghantar kita ke cerun pembekuan perkembangan, dan dengan pantasnya diikuti oleh rasa duka dan kesedihan. Sebaliknya, berfikiran positif boleh  membantu anda mengurangkan tekanan, yang juga akan mengurangkan perlunya untuk sentiasa menghiburkan diri, dan akan mendorong diri untuk menjadi lebih baik.

Para penyelidik kini terus meneroka kesan-kesan pemikiran positif dan keyakinan terhadap kesihatan, yang mungkin termasuk: peningkatan jangka hayat, kadar kemurungan yang lebih rendah, kurangnya tekanan, ketahanan yang kuat terhadap selesema biasa, peningkatan kesejahteraan psikologi dan fizikal, keadaan kesihatan kardiovaskular keseluruhan yang lebih baik, dan mengurangkan risiko kematian akibat penyakit kardiovaskular, serta penambahbaikan dalam menghadapi kesusahan dan tekanan.

Pemikiran positif adalah sikap yang menghalang pemikiran dan emosi yang negatif daripada memasuki fikiran seseorang, mencipta muslihat supaya ia kalah. Seterusnya, ia menumpukan kepada penghuraian perkara-perkara yang baik dan mengubahnya menjadi sesuatu yang positif. Dunia akan nampak hanya dengan cara anda melihatnya. Jadi, melatih fikiran anda untuk melihat kebaikan dalam sesuatu perkara, dan melihat aspek-aspek kehidupan yang positif akan menjadikan kehidupan anda diperakui lebih baik.

Di samping itu, kebanyakan orang melemahkan pengaruh berbicara dengan diri sendiri secara positif, juga pengaruh bercakap dengan diri sendiri secara negatif. Apabila kita sering mendengar tentang sesuatu perkara, sama seperti jika kita sering berbicara dengan diri sendiri, akhirnya kita akan mempercayai perkara-perkara tersebut. Oleh itu, apabila melakukan sesuatu yang pastinya baik menurut fikiran, jangan teragak-agak untuk memuji diri sendiri walaupun sedikit. Ia akan mendorong anda untuk terus melakukan perkara baik itu pada masa akan datang, sambil membuat anda berasa lebih baik tentang diri anda.

Walau bagaimanapun, memuji diri sendiri tidak bermakna anda perlu lupakan semua kesalahan dan kesilapan anda. Adalah lebih berkesan untuk merasionalisasikan masalah-masalah tersebut dan berikan tumpuan ke arah mengatasinya, daripada hanya bersikap mendiamkan diri sahaja.

Sebenarnya, apa yang memenuhi minda anda, akan mengawal hidup anda. Ia mengubah perspektif tentang bagaimana anda menangani cabaran dan situasi semasa. Mempunyai sikap positif dalam hidup anda adalah satu pilihan. Ringkasnya, kebahagiaan hidup anda bergantung sepenuhnya kepada kualiti pemikiran anda.