Pencapaian Malaysia dalam PISA 2018 hampiri skor OECD

Uncategorized Adea Ghafar 03-Dis-2019

PUTRAJAYA, 3 Dis — Pencapaian Malaysia dalam laporan Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (PISA) 2018 semakin menghampiri purata skor Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), iaitu 500 mata dalam tiga literasi – bacaan, matematik dan saintifik.

Dalam sidang media berkaitan, Datuk Dr Amin Senin, Ketua Pengarah Pelajaran mengesahkan bahawa Malaysia yang diwakili 388,638 murid 15 tahun, telah mencatat skor 415 mata bagi literasi bacaan, 440 untuk literasi matematik dan 438 untuk literasi saintifik.

Kini, Malaysia berada pada satu pertiga pertengahan dalam kedudukan negara OECD dan pencapaian dalam PISA 2018 ini adalah yang terbaik di antara negara ASEAN kecuali Singapura.