Pencarian Dewi Remaja 2019 Kembali

Pencarian Dewi Remaja’ kini kembali dengan misi utama mencari seorang personaliti remaja yang boleh dijadikan contoh terbaik khususnya untuk generasi muda hari ini.

Hadir dengan tema ‘Pesonakan Bintangmu’, Dewi Remaja bukan sahaja mencari sekumpulan gadis remaja yang memiliki pakej rupa paras dan fizikal yang positif, ia juga menjadi platform untuk mengangkat bakat, versatiliti dan personaliti menarik; sekaligus meneruskan legasi yang dijayakan oleh peserta Dewi Remaja terdahulu.

Awal tahun ini menyaksikan pemenang Dewi Remaja 2018 iaitu Haneesya Hani terpaksa dilucutkan gelarannya selepas terlibat dengan kontroversi berparti di sebuah kelab malam.

Justeru, pencarian Dewi Remaja terbaru diteruskan biarpun jaraknya dengan edisi lepas terlalu dekat.

Melalui paparan 8 episod (berdurasi satu jam setiap episod), program ‘Dewi Remaja 2019’ akan menampilkan pemenang Dewi Remaja 2005/2006, Scha Al-Yahya sebagai Juri Tetap.

Ini merupakan kerjasama ketiga berturut-turut di antara Scha dan pihak produksi Remaja, yang mana dalam dua edisi pertama, Scha menggalas tanggungjawab sebagai pengacara program, masing-masing untuk ‘Pencarian Hero Remaja 2017’ dan ‘Pencarian Dewi Remaja 2018’.

Scha akan digandingkan bersama penyanyi, pelakon, produser dan pengarah filem hebat, Yusry Abdul Halim. Pemilihan Yusry dibuat selepas mengambil kira pengalaman beliau di dalam pelbagai cabang seni dan kebolehan beliau menggilap bakat-bakat baru untuk menghiasi persada seni tanah air.

Dalam pada itu, pelakon, pengacara, model dan personaliti jelita, Amelia Henderson dipilih sebagai pengemudi utama (pengacara) bagi ‘Dewi Remaja 2019’.

Pemilihan Amelia dibuat selepas melihat kepada gaya bersahaja dan kreativiti beliau ketika mengacarakan sesebuah program atau majlis-majlis rasmi / santai.

Seramai 20 peserta diperkenalkan sewaktu sesi sidang media. Kemudiannya pada waktu yang sama pihak produksi turut mengumumkan 12 peserta yang layak untuk ke peringkat seterusnya dimana kesemua mereka akan dikuarantinkan selama hampir dua bulan untuk melalui proses pertandingan.

Program ‘Dewi Remaja 2019’ akan menemui penonton pada setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) mulai 26 Oktober 2019.

Berikut adalah profil 12 peserta Pencarian Dewi Remaja 2019 ;