Pencemaran air – kesan kepada manusia

Kehidupan Zalina Majid 08-Sep-2020
dreamstime_s_113409425
Pencemaran air © Dmitrii Melnikov | Dreamstime.com

Pencemaran air salah satu kesan yang berbahaya kepada takungan air dan laut. Kesan itu menyebabkan perubahan kualiti air dan pengumpulan bahan berbahaya juga membawa kepada kematian organisma laut.

Pencemaran air didefinisikan sebagai kehadiran bahan fizikal, kimia, atau biologi di dalam air dalam jumlah besar serta memberi kesan yang melebihi kadar yang ditanggung oleh organisma hidup. Oleh itu kualiti air berubah dan kerosakan pada organisma hidup tidak dapat dielakkan

Air yang baik dan tidak tercemar dikategorikan dalam kumpulan ciri asas. Ia tidak berwarna, tiada rasa dan tidak berbau. Tidak seperti air yang tercemar, baunya berbau busuk, rasa yang tidak enak, warna yang keruh dan kotor.  Air ini sama sekali tidak sesuai untuk diminum, mandi, mencuci atau sebagainya. Ini adalah kerana jumlah pencemaran akan merosakkan manusia atau penanaman.

Asid merupakan bahan pencemaran yang paling berbahaya. Tercemar melalui sistem pembuangan, terutamanya dari lombong, air pertanian, dan operasi pengorekan. Terdapat juga penggunaan racun perosak kimia dan bahan sulfur tahap tinggi digunakan dalam pertanian.

Pembuangan dengan cara yang tidak bertanggungjawab melalui saluran atau perparitan yang dibina akan menyebabkan berlakunya pencemaran seterusnya menjadi punca penyebaran. Kehidupan manusia atau organisma lain terancam apabila menggunakan air yang yang tercemar yang secara tidak langsung mengakibatkan pelbagai penyakit kronik.

Kewujudan pendemik akibat pencemaran air juga akan menyebabkan hari demi hari kematian dan kepupusan organisma laut. Situasi ini menimbulkan ancaman kepada kepada kehidupan manusia yang bergantung kepada air untuk hidup. Pertamanya air punca kelangsungan hidup dan keduanya ialah organisma laut antara sumber makanan manusia.

Pencemaran dapat diatasi sekiranya semua pihak mengambil tanggungjawab menjaga kebersihan dan mencegah pencemaran. Beberapa langkah boleh diambil antaranya menubuhkan kelab atau yayasan pencinta sungai dan laut dan dianggotai oleh pakar atau perunding dalam alam sekitar memberi sumbangan secara sukarela.

Manakala pihak berwajib memperketatkan lagi undang-undang uang melarang sesiapa daripada melakukan kegiatan yang boleh mencemarkan sungai. Seterusnya mewajibkan sistem pembentungan air buangan dan loji pelepasan bahan sisa-sisa bersepadu. Dalam pada itu juga, melaksanakan program pendidikan, latihan atau kempen juga dapat membantu memberi kesedaran kepada masyarakat samada pihak pengilang atau pengguna.

Jika tidak diatasi pencemaran air akan terus menimbulkan ancaman kepada kehidupan manusia di planet ini. Tambahan pula dengan revolusi industri yang semakin meningkat dan bahan pencemaran tidak berhenti. Fenomena berbahaya membawa kepada krisis kesihatan dan wabak penyakit yang serius. Hakikatnya dunia sudah pun menghadapinya.

Tidak kira berapa banyak dan jauhnya, pencemaran air telah menyebabkan kerosakkan persekitaran air dan bumi. Dengan perkembangan yang pesat ini, proses pemurniaan air dari bahan pencemaran berbahaya menjadi proses yang sangat penting dan mendesak.

Maka, kita dapat menilai masa depan manusia dengan apa yang berlaku hari ini. Marilah kita menjadi manusia yang berperanan dan bertanggungjawab kepada alam sekitar dan ciptaan Allah SWT.