Pendapatan Perdana Menteri melebihi RM100,000 sebulan

Uncategorized MAS 10-Dis-2019

Berdasarkan rekod laman web pengisytiharan harta dan pendapatan SPRM, pendapatan Tun Mahathir Mohamad melonjak hampir 32% kepada RM100,004.32 sebulan. Pengisytiharan ini hanya untuk beliau seorang sahaja berbanding jumlah RM75,861.57 untuk beliau dan isteri yang direkodkan tahun lalu.

Akta Ahli Parlimen (Imbuhan) 1960 menetapkan gaji Perdana Menteri dan ahli Parlimen masing-masing sebanyak RM22,826.65 dan RM16,000 sebulan, tidak termasuk elaun. Aset Tun Mahathir pula mencatat sedikit penyusutan kepada RM32,217,131.71.

Aset Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah dan suami beliau pula turun mendadak kepada RM672,392.63 berbanding RM1,141,562.32 dahulu. Manakala, pendapatan yang diterima kekal pada RM59,048,33.

Tiada penjelasan diberi atas perubahan yang berlaku.