Penduduk yakin Seremban akan rancak membangun dengan status bandar raya

Uncategorized Adea Ghafar 29-Dis-2019
Bandaraya Seremban
Bandaraya Seremban © Suhaizy Md Noh | Dreamstime.com

SEREMBAN, 29 Dis — Seremban akan diisytiharkan sebagai bandar raya pada 1 Jan 2020, dan  penduduk Seremban yakin ia dapat meningkatkan lebih banyak pelaburan, aktiviti ekonomi dan peluang pekerjaan. Ini telah diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dan ia akan dirasmikan oleh Yang Dipertuan Besar, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir pada 20 Januari 2020.

Pekerja swasta, Nurul Haryani Hasrol, 23, berkata status ini akan menambahkan aktiviti ekonomi dan peluang pekerjaan kepada generasi muda.

Pelajar universiti, Nurul Izzah Azizah Samsuddin, 18, berkata status itu perlu seiring dengan kemajuan teknologi seperti akses internet berkelajuan tinggi dan kemudahan internet percuma.