Penerbangan Firefly JB-KB tingkat kemasukan pelancong

Melancong Adea Ghafar 17-Dis-2019

KOTA BHARU, 17 Dis — Exco Pelancongan Negeri Kelantan, Datuk Md Anizam Abdul Rahman mengumumkan perkhidmatan penerbangan terus dari Johor Bahru ke Kota Bahru tiga kali seminggu (Selasa, Khamis dan Sabtu) oleh Firefly akan merancakkan promosi Tahun Melawat Kelantan 2020.

Bercakap di majlis menyambut ketibaan penerbangan sulung tersebut di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSI), usaha ini diharap dapat mencapai sasaran 5.5 juta pelancong pada Tahun Melawat Kelantan 2020.

Tahun Melawat Kelantan 2020 bertemakan ‘Kelantan di Hati’, berkonsepkan ‘Keluarga, Makanan dan Festival’, dan Firefly bersama Pusat Penerangan Pelancongan Kelantan akan mempromosikan produk pelancongan Kelantan di Johor berpandukan konsep tersebut.