Pengerusi PAS: Pentingkan keselamatan semasa banjir

Uncategorized Yen Doran 06-Dis-2019

Pengerusi PAS, Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, menyeru pihak Kerajaan, agensi penyelamat dan semua penduduk yang terjejas dengan bencana banjir supaya mengambil langkah keselamatan dan berwaspada bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Kita perlu beri kerjasama sepenuhnya kepada pihak keselamatan bagi mempermudahkan urusan pemindahan mangsa banjir, menyelamat dan seumpamanya.

PAS telah mengerahkan Lajnah Kebajikan, Jabatan AMAL, Briged Muslimat dan NGO untuk membantu mangsa banjir melalui KHIDMAT MALAYSIA bagi menyelaras bantuan bencana di seluruh negara.

PAS turut mengajak semua pihak untuk segera menghulurkan bantuan kebajikan kepada mangsa banjir, sebagai tanda prihatin terhadap musibah yang menimpa.