Penghapusan duti import bantu nelayan naik taraf peralatan

Uncategorized MAS 16-Dis-2019

Cadangan untuk menghapuskan duti import terhadap peralatan menangkap ikan amat dialu-alukan Pengerusi Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat).

Menurut beliau, ketiadaan duti import berperanan mengurangkan harga dan seterusnya memudahkan nelayan menaik taraf peralatan mereka. Nelayan juga mampu membeli peralatan lebih canggih dan melonjakkan hasil pendapatan mereka kesan penghapusan duti tersebut.

Cadangan berkenaan dibuat Datuk Razali Idris ekoran harga peralatan yang naik mendadak akibat kejatuhan Ringgit Malaysia berbanding negara-negara jiran seperti Thailand yang merupakan pengeluar utama peralatan berkenaan.

Selain bebanan kadar duti import, nelayan juga berdepan dengan manipulasi harga, timbangan dan bekalan peralatan oleh golongan peraih hingga terbeban dengan hutang.