Penginapan Mesra Alam Semula Jadi Di Subang Jaya

Amalan hijau atau green practices telah diguna pakai dalam pelbagai industri malah, menjadi antara tunjang utama kepada perkembangan sektor pelancongan global.

Menyedari kepentingan amalan hijau kepada alam sekitar, pembangunan hartanah Dorsett Hospitality International di bawah jaringan hotelnya, Dorsett Grand Subang kini menawarkan penginapan mesra alam sekitar menerusi program Dorsett EcoValue+.

Tetamu yang memilih penginapan Dorsett EcoValue+ semasa mendaftar masuk boleh memilih untuk tidak menggunakan perkhidmatan kemasan bilik sepanjang penginapan sebagai tanda sokongan bagi memulihara alam sekitar.

Sementara barangan keperluan harian seperti peralatan kemudahan bilik mandi, tuala dan air botol juga masih diulang isi.

Selain itu, mereka juga berpeluang untuk menikmati kemudahan minibar secara percuma sepanjang penginapan.

Ini memberikan pengalaman penginapan yang lebih bermakna apabila tetamu dapat merasai pengalaman seperti berada di rumah sendiri dengan akses minibar yang tersedia sepanjang penginapan.

Inisiatif program mesra alam sekitar itu adalah sejajar dengan komitmen Dorsett sebagai jenama hotel yang menyokong gerakan global bagi pemuliharaan alam sekitar tanpa menjejaskan pengalaman tetamu yang menginap di sesebuah hotel.

Dorsett Compack

Selaras dengan usaha untuk memberikan penginapan istimewa kepada tetamu, Dorsett Grand Subang turut menawarkan program Dorsett Compack.

Merupakan sebuah inisatif hotel secara global, bilik di bawah program Dorsett Compack diatur selia dengan bantal tambahan yang diletakkan di dalam vakum plastik yang disimpan di dalam almari bilik untuk kegunaan tetamu bila diperlukan.

 

Tetamu yang banyak membeli-belah dan mempunyai baju berlebihan boleh menggunakan perkhidmatam vakum plastik yang disediakan itu dengan cara menghubungi meja reception tanpa sebarang caj perkhidmatan dikenakan.

Dengan itu, ia memudahkan urusan penyimpanan pakaian dalam bagasi kerana tetamu boleh menjimatkan ruang menggunakan vakum plastik tersebut.

Jadi, bagi anda yang belum mempunyai rancangan untuk program staycation anda, Dorsett Grand Subang adalah pilihan terbaik untuk menghabiskan masa hujung minggu anda.

Dengan disokong oleh program amalan hijaunya, pengalaman semasa bercuti atau peginapan atas urusan kerja anda akan menjadi lebih seronok dan unik di Dorsett Grand Subang.

Foto: Dorsett Grand Subang