Penginapan Patuh Syariah Di Klana Beach Resort

Bagi anda yang inginkan percutian yang berlandaskan syariah, apa kata anda singgah ke Klana Beach Resort yang terletak di Port Dickson Negeri Sembilan.

Klana Beach Resort Port Dickson adalah destinasi percutian keluarga yang sempurna buat anda! Ia menawarkan pelbagai aktiviti yang sangat menarik dan menyeronokkan untuk seisi keluarga. Para tetamu pasti berpuas hati dengan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, serta keramahan para petugas di sini.

Ia terletak di pesisir Teluk Kemang dan hanya 1 jam perjalanan dengan kereta dari ibu kota Kuala Lumpur. Pemandangan di sekitar resort ini sangat indah, bertentangan dengan pantai serta lautan yang luas terbentang. Anda pasti terpegun melihat pemandangan matahari naik dan jatuh di sekitar resort ini.

Lokasinya juga sangat sesuai untuk anda yang inginkan suasana yang lebih privasi dan tidak tertumpu di bahagian Port Dickson yang penuh dengan pelancong.

Antara aktiviti yang menarik yang boleh anda lakukan di resort ini adalah berkunjung ke Night Sky Observatory dan Solar Observatory yang pasti tidak ada di hotel mahupun resort yang lain.

Jika menginap di sini anda boleh ke tempat tumpuan pelancong yang berdekatan seperti melawat melawat ladang burung unta, melawat muzim tentera ataupun bercanda di Pantai Teluk Kemang dan melakukan aktiviti sukan air yang pastinya sangat menyeronokkan.

Bilik-bilik di sini juga sangat selesa. Sesuai untuk yang berstatus bujang, berkahwin mahupun berkerluarga. Terdapat juga apartment untuk anda yang mahu datang beramai-ramai bercuti bersama keluarga ataupun sahabat handai.

Terdapat juga pakej-pakej menarik yang ditawarkan di resort ini seperti pakej Ramadan, pakej bulan madu, pakej keluarga dan juga pakej Night Sky.

Jangan lupa untuk jadikan Klana Beach Resort sebagai destinasi anda untuk percutian yang selesa, serta mendamaikan.