Persekitaran Web Patuh Muslim.. Ketahuiselanjutnya

Penginapan Selesa dan Praktikal di Ipoh

Singgah Shah Shamshiri 24-Okt-2019

Sejak adanya pesawat tambang rendah di rantau ini, bandar-bandar yang lebih kecil di Malaysia juga mula menerima jumlah pelancong yang makin ramai.

Salah satu destinasi tempatan yang mula menjadi tumpuan adalah bandar Ipoh yang juga merupakan ibukota negeri Perak. Terkenal dengan pelbagai tempat menarik yang ada tarikan tersendiri, Ipoh masa kini semakin berkembang pesat. Jarak di antara Ipoh dan Kuala Lumpur juga hanya memakan masa sekitar dua jam dengan menaiki kereta atau keretapi elektrik ETS.

Oleh sebab itu, keperluan untuk tempat persinggahan dan penginapan di sini semakin meningkat. Walaupun semakin banyak hotel-hotel baru yang muncul di bandar ini, namun terdapat beberapa tempat penginapan di Ipoh yang mula menjadi pilihan ramai. Putrade Allsuites at RPGC merupakan salah satu hotel yang dimaksudkan.

Terbina di kawasan kediaman eksklusif pusat bandar Ipoh, kedudukan strategiknya di dalam kawasan Royal Perak Golf Club menyebabkan ramai yang memilih untuk bermalam di sini. Kemudahan serta perkhidmatan yang ditawarkan di sini semakin bagus setiap hari. Apalagi dengan senireka dalamannya yang seiring dengan gaya kontemporari hotel-hotel lain masa kini.

Yang lebih menarik, penginapan ini bukan sahaja menawarkan bilik-bilik berkonsep suite seperti hotel-hotel mewah yang lain tetapi tujuan utama mereka adalah untuk mewujudkan suasana tempat tinggal dan bukan sekadar bilik biasa. Dengan konsep suite sepenuhnya, setiap unit persis pangsapuri mewah dengan perkhidmatan. Terdapat pilihan suite dengan satu, dua atau tiga bilik tidur untuk kemudahan para tamu. Ini diserikan lagi dengan perkhidmatan terbaik para pekerja hotel yang datang untuk mengemas seluruh suite seperti di hotel lain.

Ia juga lengkap dengan ruang tamu, kawasan dapur, dan perkakas asas seperti cawan dan sudu kecil di sebuah pangsapuri untuk memudahkan tamu.

Penginapan ini sudah mula menjadi tumpuan keluarga yang ingin bercuti dan bersiar-siar sekitar Ipoh. Ini kerana ia tidak terlalu jauh dari pusat-pusat perdagangan seperti pusat-pusat membeli-belah dan restoran serta aneka kedai.

Oleh kerana ia berkongsi kawasan dengan kelab golf tersohor Ipoh iaitu RPGC, maka kemudahan yang ditawarkan sangat berkualiti. Selain kolam renang buat dewasa dan kanak-kanak, ada juga gimnasium serta kawasan untuk bermain golf berkat keluasan hartanah ini.

Bab menjamu selera juga bukanlah satu masalah kerana tersedia Fairway Restaurant di kawasan kelab golf yang menyajikan makanan yang benar-benar lazat dan menyelerakan. Bukan sahaja harga makanan sangat berpatutan malah rasanya juga menepati citarasa ramai. Terdapat pilihan sajian barat dan tempatan di sini. Tidak kiralah buat sarapan, makan tengah hari ataupun makan malam, kesemua jenis restoran ada di kawasan ini.

Jadi sekiranya anda tercari-cari, penginapan di Ipoh, pastikan Putrade Allsuites at RPGC menjadi pilihan pertama!