Pengurusan masa konsep Islam

Kesejahteraan Mental 14 Dis 2020 Hanita Hassan
Hanita Hassan
dreamstime_s_124182839
Pengurusan masa konsep Islam © - Dreamstime.com

Masa adalah salah satu aset paling berharga yang dikurniakan Allah SWT kepada hamba-Nya. Setelah hilang, ia tidak boleh dikembalikan. Oleh itu, perhatian khusus perlu diambil sewaktu menguruskan masa. Artikel ‘Pengurusan masa konsep Islam’ ini akan cuba memberi beberapa pandangan tentang mengurus masa.

Dalam kehidupan seorang Muslim, pengurusan masa hendaklah diseimbangkan antara ibadah dan pekerjaan bagi memenuhi jadual yang ditetapkan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya.  Ia adalah satu-satunya cara  memanfaatkan masa sebaiknya untuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Pengurusan masa konsep Islam

Oleh itu timbul persoalan tentang pengurusan masa bagi orang Muslim dalam melakukan aktiviti seharian. Ia adalah untuk menetapkan keutamaan dan mengurus sepenuhnya perkara yang penting dan kurang menumpukan perhatian kepada perkara-perkara yang tidak penting. Pengurusan masa yang berjaya adalah dengan memastikan tidak melewatkan perkara-perkara penting.

Apakah perkara penting itu? Perkara penting yang utama adalah ibadah dan keimanan. Kehidupan ini adalah persinggahan sementara, dan sebagai batu loncatan ke akhirat, jadi kita hendaklah membina kehidupan yang akan datang, dengan memikirkan bagaimana nasib kita akan dinilai pada Hari Kebangkitan.

Satu-satunya cara untuk memperoleh kebaikan pada hari ini adalah dengan meningkatkan ketakwaan dan melaksana semua perintah yang telah ditetapkan Allah SWT. Dari segi jadual harian pula, terdapat lima janji yang perlu dilakukan iaitu dengan menunaikan solat.

Semasa merancang jadual harian anda, anda perlu mengatur rancangan yang disertakan dengan menunaikan solat. Dalam pengertian yang lebih luas, Allah SWT menciptakan waktu dengan tujuan utama adalah untuk hamba-Nya melazimi ibadah kepada-Nya.

Firman Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud:

“Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang itu dan pada apa yang diciptakan Allah di langit dan di bumi, benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan-Nya) bagi orang-orang yang bertakwa.”

(Surah Yunus, ayat 6)

Masa untuk diri sendiri dan ahli keluarga

Seterusnya keutamaan kedua yang perlu dilakukan ialah menyediakan keperluan untuk diri sendiri dan ahli keluarga. Anda mestilah memastikan isteri dan anak-anak atau ibu bapa anda dijaga dengan baik, dengan menyediakan keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Selepas itu baharulah anda boleh membuat perancangan bagi jadual harian anda untuk perkara lain, seperti bersantai, menjalani aktiviti intelektual dan  mencari ketenangan.

Selain itu adalah  penting  untuk kekal berwaspada kerana masa berlalu pantas  tanpa kembali, dan perkara-perkara yang anda rindu akhirnya akan anda lupakan. Anda akan berasakan seluruh kehidupan  seolah-oleh berlari sepantas kilat. Bagi seorang Muslim, kehilangan waktu adalah seperti kehilangan kesempatan untuk mendapatkan rahmat Allah SWT pada hari kiamat kelak.

Oleh itu anda perlu memastikan apakah anda telah menunaikan segala kewajipan di dunia ini (termasuk rukun Islam, menunaikan solat, mengeluarkan zakat dan mengerjakan ibadah haji) bagi bekalan di hari pembalasan kelak kerana anda perlu  menyedari sebelum berakhir peluang untuk melaksanakannya.

Firman Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud:

“Pada hari mereka melihat hari berbangkit itu, mereka merasa seakan-akan tidak tinggal (di dunia) melainkan (sebentar sahaja) di waktu petang atau pagi hari.”

(Surah an-Naazi’Aat, ayat 46)

Masa merupakan anugerah yang sangat berharga daripada Allah SWT. Maka jangan kita mensia-siakannya begitu sahaja tetapi urus ia dengan sebaiknya dengan cara seorang Muslim.