Pengurusan sampah yang sistematik bebaskan Pulau Gaya daripada sampah sarap

Uncategorized Yen Doran 08-Dis-2019

Penduduk Pulau Gaya digesa oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal supaya memastikan pulau itu sentiasa dalam keadaan bersih serta bebas daripada sampah sarap, dengan menampilkan sistem pengurusan sampah yang baik.

Beliau berharap penduduk kampung membudayakan amalan membuang sampah di tong sampah yang disediakan dan bukannya membuang sampah di laut.

Pulau Gaya dengan keluasan 1,456 hektar terletak kira-kira 10 minit perjalanan menaiki bot dari pusat bandar Kota Kinabalu, mempunyai enam kampung dengan kepadatan sekitar 15,000 penduduk.

Beliau yakin Pulau Gaya pastinya mampu menarik kehadiran pelancong kerana pulau itu turut mempunyai pelbagai tempat indah dan unik untuk dikunjungi.