Pengusaha ketum beralih tanaman lain patut diberi insentif dan bantuan

Uncategorized Yen Doran 08-Dis-2019

Kerajaan negeri Kedah bercadang untuk menyediakan bantuan serta insentif kepada pengusaha ketum di negeri ini yang berhasrat beralih kepada tanaman lain.

Menurut Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, cadangan itu telah dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah pada 8 Disember, susulan pertemuan bersama 52 pengusaha ketum dari Kedah dan Perlis bulan lepas.

Antara cadangan terbentang ialah pemberian subsidi benih, bantuan geran pinjaman, insentif bantuan sara hidup, dan menyediakan platform pemasaran kepada pengusaha memasarkan hasil tanaman masing-masing.

Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) telah mencadangkan pembangunan tanaman alternatif melalui pembangunan kapasiti yang berbentuk latihan dan kursus kepada pengusaha tanaman.