Pensyarah Akademi Pengajian Bahasa UiTM Seremban rangkul Anugerah Inovasi 2019

Uncategorized Ahmad Mahmud 11-Dis-2019

SEREMBAN, 11 Dis — Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Bahasa UiTM kampus Seremban, Prof Madya Dr Angeline V. Ranjethamoney telah merangkul Anugerah Inovasi dan Pengkomersilan Produk 2019 sempena Majlis Kemuncak Bulan Inovasi 2019.

Produk tersebut, ‘Monster Back To School’ adalah alat mengajar dan belajar berupa mainan berpapan yang memudah dan menyeronokkan pembelajaran tatabahasa Bahasa Inggeris. Ia sesuai bagi pelajar sekolah menengah dan universiti, di samping dapat membantu guru atau pensyarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Produk itu dicipta semenjak 2017 bersama Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Bahasa UiTM Melaka, Roslina Mohd Jani. Anugerah disampaikan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.