Pentingnya penyatuan, pendidikan untuk dunia Islam – Syed Saddiq

Pendidikan Adea Ghafar 27-Dis-2019

GOMBAK: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan dalam program Rally For Muslim Ummah, betapa pentingnya komuniti Islam di seluruh dunia bersatu sebelum menangani semua isu atau konflik dalam dunia Islam.

Kekuatan dan penekanan dalam pendidikan dan pembangunan teknologi, termasuk kolaborasi dalam perdagangan dan perusahaan di antara negara-negara Islam adalah penting bagi mencapai tujuan tersebut.

Beliau yang juga Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA)  menegaskan sedemikian di acara Solat Hajat Perdana serta Qunut Nazilah untuk rakyat Uighur dan Kashmir di Universiti Islam Antarabangsa (UAIM) kampus Gombak Jumaat lalu yang turut dihadiri 800 pelajar pelbagai warganegara.