Penumpang udara mesti pakai topeng muka di KLIA

Kehidupan Hafiz Firdaus 05-Mei-2020
Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur © Uskarp | Dreamstime.com

Malaysia Airports Berhad dalam satu kenyataan semalam menyatakan, para penumpang yang akan membuat perjalanan melalui udara adalah diwajibkan memakai topeng muka sebelum memasuki kedua-dua terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Semua penumpang dimestikan memakai topeng muka sebelum memasuki bangunan terminal, jika tidak, mereka tidak akan dibenarkan masuk. Hanya penumpang dengan tiket penerbangan atau pas menaiki kapal terbang yang sah sahaja akan dibenarkan memasuki terminal buat masa ini.

Di lapangan terbang utama KLIA, topeng muka boleh dibeli dari gerai-gerai farmasi sementara yang terletak di Tingkat 5 bangunan terminal utama, antara Pintu 4 dan 5 di tepi jalan, dan di sepanjang jambatan penghubung Blok B dan C (di Tingkat 2 Tempat Letak Kereta Jangka Pendek).

Manakala di KLIA2, topeng muka boleh dibeli di mana-mana farmasi dalam pusat membeli-belah [email protected] Semua petugas dan penyambut penumpang juga tidak akan dibenarkan masuk ke terminal tetapi mereka boleh mengakses pusat beli-belah [email protected]

Semua penumpang yang akan berlepas harus menjalani pemeriksaan suhu sebelum dibenarkan memasuki bangunan terminal. Penumpang dengan suhu badan di atas 37.5 darjah (Celcius) adalah dilarang untuk meneruskan perjalanan. Pemeriksaan suhu badan dilakukan oleh pasukan Keselamatan Penerbangan. Penjarakan sosial juga pastinya terus diperlukan.