Penyebab dosa dan menghindarinya

Iman Nur Adibah Ramly 22-Sep-2020
Muslim businessman and businesswoman partner discussing work load, outdoor setting collaboration
Penyebab dosa dan menghindarinya © Ahmad Hafiz Ismail | Dreamstime.com

Manusia dicipta suci oleh Allah SWT, namun kita adalah insan yang lemah dan melakukan dosa. Allah mengetahui tentang perkara ini dan telah memberikan jalan penyelesaian. Setiap dosa boleh diampunkan. Tetapi pengampunan hendaklah disusuli, dengan memerangi dosa dan bertaubat kepada Allah.

Kitab suci al-Quran telah menjelaskan yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Az Zumar, ayat 53)

Firman Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud:  “Katakanlah: ‘Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.’ Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Al-i ‘Imran, ayat 31)

Dalam memerangi perbuatan dosa, adalah penting untuk ‘mengenali musuh anda’. Dosa terbahagi dua iaitu Dosa Besar dan Dosa Kecil. Persediaan yang dibuat sangat banyak, namun dosa yang benar-benar buruk adalah dosa besar,  pengampunan Allah SWT tiada batasnya dan Dia bersedia mengampuni dosa-dosa kecil kita.

Allah SWT bersabda dalam al-Quran yang bermaksud: “Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, nescaya Kami hapus kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosamu yang kecil) dan Kami masukkan kamu ke tempat yang paling mulia (syurga).” (Surah An Nisaa’ ayat 31).

Oleh itu, perangilah dosa besar terlebih dahulu dan paling utama. Walaupun rujukan tentang itu banyak terdapat di dalam al-Quran, senarai utama hadis mungkin berbeza-beza.  Hadis riwayat Bukhari menyenaraikan tujuh dosa besar.

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda: “Jauhilah kamu daripada tujuh dosa besar ini (perkara yang membinasakan). Para sahabat bertanya: Apakah ia wahai Rasulullah SAW? Rasulullah SAW bersabda: Syirik kepada Allah SWT, sihir, membunuh jiwa yang telah diharamkan oleh Allah SWT melainkan dengan kebenaran, memakan riba, memakan harta anak yatim, melarikan diri dari peperangan dan menuduh wanita yang beriman dengan berzina.” (Hadis riwayat al-Bukhari ,2766, 6857 dan Muslim ,145)

Sepupu Nabi Muhammad SAW iaitu Ibnu Abbas r.a menambah senarai menjadi 70, kegagalan menunaikan solat fardu setiap hari, mengelak daripada menunaikan zakat, tidak berpuasa pada bulan Ramadan, tidak menunaikan haji, mengambil makanan yang tidak halal, mencuri, memberi saksi palsu, meminum arak dan tidak menghormati ibu bapa. Siapakah di antara kita yang dapat mengatakan bahawa kita tidak melanggar perintah-perintah ini dalam kehidupan seharian?

Dosa besar akan mengakibatkan kecelakaan yang abadi.  Kita melakukannya dan kemudian menunaikan solat, bertaubat dan berdoa mempunyai satu-satunya harapan kepada Allah SWT supaya menunjukkan ihsan di mana azab itu telah ditetapkan. Harapan ini bukan sia-sia.

Solat dan bertaubat adalah medium yang hebat untuk disaksikan di hadapan Allah SWT kerana cinta Allah itu tiada hadnya. Tetapi perkara yang lebih penting ialah belajar untuk tidak melakukan dosa besar adalah lebih baik berbanding belajar bertaubat apabila telah melakukannya.

Sepertimana petikan dalam Surah An-Nisa seperti di atas, ‘Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar…’, Allah SWT meminta kita menghindarinya. Di sini bertaubat setelah melakukan dosa bukanlah masalahnya. Penghindaran daripada melakukan dosa itu pasti.

Ini adalah cabaran yang jauh lebih besar dan memerlukan tekad dan kekuatan. Ia bukanlah sesuatu yang mudah melainkan sekiranya kita mempunyai tangan yang sedia membantu.

Firman Allah SWT dalam al-Quran yang maksudnya: “Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah Fushshilat, ayat 36). Allah SWT turut berfirman dalam al-Quran: “Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya.” (Surah Al A’Raaf, ayat 201)

Frasa ‘mereka melihat kesalahan-kesalahannya’ adalah kekuatan dan keazaman sebenar yang akan membantu kita dalam menghindari dosa. Di sinilah Allah SWT akan menunjukkan kekuasaan-Nya, dengan syarat kita mencarinya dengan bersungguh-sungguh melalui solat dan berdoa. Jangan berhenti berdoa dengan ikhlas dari hati. Berusaha bersungguh-sungguh meletakkan ketakwaan yang sepenuhnya kepada Allah SWT.

Pencarian spiritual perlu ditambah dengan kaedah praktikal iaitu solat Tahajudd. Solat ini dilakukan pada dua pertiga malam iaitu sebelum masuknya waktu Subuh. Mengucaplah dua kalimah syahadah sebelum memohon keampunan kepada Allah SWT untuk menjauhkan kita daripada melakukan dosa.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah membentangkan Tangan-Nya pada malam hari agar bertaubat orang yang berbuat jahat di siang hari dan Dia membentangkan Tangan-Nya pada siang hari agar bertaubat orang yang berbuat jahat di malam hari, sehingga matahari terbit dari Barat (Kiamat).” (HR Muslim)

Semoga rahmat Allah SWT yang tiada batasannya menjadi benteng kita semua daripada melakukan dosa.