Perak peruntuk RM10 juta untuk rumah ibadat bukan islam

Uncategorized Adea Ghafar 21-Dis-2019

IPOH, 21 Dis — Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu telah mengumumkan peruntukan sejumlah RM10 juta menerusi Belanjawan Perak 2020, bagi tujuan menambahbaik, menyelenggara dan membina rumah ibadat bukan Islam baharu di Perak yang termasuk aktiviti hal ehwal masyarakat bukan Islam di Perak.

Datuk Zainol Fadzi Paharuddin, Penasihat Khas Menteri Besar telah membaca teks ucapannya di Sambutan Hari Krismas 2019 Peringkat Negeri Perak di Stadium Indera Mulia dan menegaskan kesungguhan kerajaan dalam memelihara kestabilan politik dan ekonomi, serta keharmonian antara agama dan bangsa di negeri Perak.

Seramai 5,000 rakyat pelbagai kaum telah memeriahkan sambutan tersebut.