Peralihan kerajaan didakwa antara punca kempen TMM2020 tergendala seketika

Uncategorized Syed Safri 30-Dis-2019
Melawat Malaysia 2020
© Ravindran John Smith | Dreamstime.com

KUALA LUMPUR: Menurut kenyataan Presiden Persatuan Penulis Pelancongan Malaysia, Datuk Azlie Halim, perubahan fokus serta hala tuju Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM2020) secara tidak langsung telah dipengaruhi oleh peralihan kerajaan yang menyebabkannya tergendala sementara.

Sebagai contoh, isu pertukaran logo TMM2020 yang dibuat bagi memenuhi permintaan rakyat, telah mengakibatkan masalah penjenamaan semula. Fokus kempen TMM2020 pula dilihat lebih menyerlah di media sosial, berbanding media televisyen dan papan iklan. Malaysia sepatutnya mengambil contoh Thailand dan industri pelancongannya yang hebat, di mana mereka konsisten dalam promosi di media baru dan konvensional.

Sasaran TMM2020 adalah 30 juta pelancong dengan pendapatan RM100 bilion.