Perangkap ekonomi gig

Uncategorized MAS 08-Dis-2019

Ekonomi gig didefinisikan sebagai pasaran tenaga kerja bercirikan kontrak jangka pendek dan kerja bebas oleh individu. Ianya didorong persekitaran digital dan aplikasi yang menyampaikan maklumat dan peluang kerja dengan serta-merta.

40% daripada tenga kerja adalah peserta ekonomi gig dalam tempoh lima tahun mendatang menurut Ahmad Ramzi Mohamad Zubir. Kerisauan utama ialah mereka sentiasa dalam status sementara yang menyebabkan kemahiran kukuh dan kepakaran mendalam tidak dapat dibina. Lantas kerjaya dengan gaji, faedah dan pampasan yang lebih baik tidak tercapai.

Ianya mampu menghalang mereka untuk menyimpan atau bertindak sebagai asas pendapatan masa hadapan untuk menyokong mereka kelak.