Perasaan: bagaimana berurusan dengan isteri secara lemah lembut?

Perkahwinan Zalika Adam
Pilihan oleh Zalika Adam
Perasaan: bagaimana berurusan dengan isteri secara lemah lembut?
Perasaan: bagaimana berurusan dengan isteri secara lemah lembut? © Odua | Dreamstime.com

Sifat lemah lembut adalah ciri khusus yang ada pada wanita. Sifat ini dipengaruhi oleh perasaan dan pujian yang menggoda. Walaupun keadaannya sederhana, namun tetap memberikan kesan melalui kata-kata pujian dan kecintaan di sekitarnya.

Isteri akan berasa gembira apabila menerima hadiah sederhana daripada suaminya, walaupun daripada percakapan yang sedikit. Dia juga cepat terasa apabila ada sesuatu yang memberi kesan terhadap dirinya.

Kadangkala, isteri menangis dalam tempoh yang lama, tatkala mendengar kata-kata tidak diingini daripada suami. Atau sang suami memarahinya tentang sesuatu yang tidak baik daripadanya. Sikap ini boleh juga menyebabkan suami terkesan. Jadi, bagaimanakah seseorang suami patut berurusan dengan seorang isteri?

Bagaimana berurusan dengan isteri secara lemah lembut?

Hal ini kembali kepada tiadanya pengetahuan tentang tabiat wanita yang hidup bersama seorang suami. Maka, jadilah anda antara dua perkara yang bertentangan: kegembiraan yang sempurna dari sesuatu yang sederhana atau kesedihan yang sempurna dari satu perkataan yang tidak disengajakan.

Seterusnya, bagaimana suami dapat menangani isteri agar dapat menjalani kehidupan yang damai dan bahagia?

Perlu mengambil kira perasaan isteri

Isteri ialah seorang wanita yang mempunyai sifat sangat lemah lembut. Perasaannya berbeza dengan wanita lain, tetapi ini juga membebankan suami. Kerana kekuatan pengaruhnya berada pada apa jua perkataan – bahkan yang sederhana – dua kali ganda.

Maka, seorang suami mestilah mengetahui bagaimana memilih kata-kata ketika dalam kesedihan dan kegembiraan. Anda juga perlulah mengetahui perkara yang menyedihkannya dan memberi nasihat dengan cara yang mudah, sekurang-kurangnya memenuhi tujuan yang ingin dicapai.

Pastikan sentiasa memelihara perasaan isteri

Jangan biarkan isteri anda berada dalam keadaan beremosi. Berikan kepadanya beberapa kad bertulis, kirimkan kepadanya beberapa mesej yang meluahkan perasaan  kepadanya atau berikannya hadiah walaupun hadiah yang sederhana.

Percayalah, anda akan mendapati bahawa dia telah berubah 180 darjah, dalam keadaannya bahagia yang tidak terhingga.

Peka terhadap perasaan dan detik kekecewaan

Kerana seorang isteri berada dalam keadaan lemah,  perasaannya menjadi sensitif dan terpengaruh dengan apa sahaja. Maka, dukunglah dia dengan lembut dan berkomunikasi dengannya untuk mengeluarkannya dari keadaannya yang tidak selesa.

Cuba hilangkan dari dadanya semua perasaan negatif yang memusnahkannya. Kemudian, berbicaralah dengannya tentang sesuatu perkara, kerana anda tidak suka melihatnya dalam keadaan sedih. Hal ini boleh mempengaruhi kesihatannya dan diri anda.

Hargai perasaan isteri

Kerana jika anda melihat bahawa dia membesar-besarkan perasaannya, maka ini mungkin difahami olehnya bahawa anda tidak menghargainya. Pastikan bahawa seorang suami memahami sifat perasaan isterinya dan elakkan memandangnya dengan pandangan terkejut atau tidak setuju.

Hal ini disebabkan oleh pandangan seseorang manusia adalah berbeza-beza. Anda mungkin melihat sesuatu perkara itu biasa, tetapi orang lain memandangnya serius.

Menerima perasaan dan berinteraksi dengan betul

Jangan terlambat untuk mendengar dan menerima emosi yang membakar jiwanya. Bahkan, berinteraksilah secara positif dengan perasaan itu. Cuba jinakkan perasaan itu secara beransur-ansur. Sehingga semua perasaan itu berubah menjadi emosi positif terhadap diri anda dan kehidupan orang lain.

Ketahuilah bahawa anda tidak selalu berjaya dalam hal ini.  Jadi, berpuas hatilah dengan beberapa hasil pencapaian pada awalnya dan teruskan interaksi anda untuk mengeluarkannya dari perkara yang merosakkan.

Fahami bahawa emosi berlebihan tidak berkurangan

Emosi berlebihan tidak menjadi kurang selagi emosi itu bertindak dengan cara semula jadi. Tetapi, masalah sebenarnya ialah perasaan ini berubah menjadi sedih dan kepekaan terhadap perkara-perkara negatif dalam kenyataan, mempengaruhi pandangan isteri dan kehidupannya.

Oleh itu, cubalah meletakkan emosi itu secara dalam agar dapat membuatkan anda bahagia bersamanya. Kemudian, buangkan perasaan negatif yang mempengaruhi kehidupan suami dan isteri.

Berikan sokongan tepat pada masanya

Jangan berlengah-lengah menyokong isteri anda, semasa dia dalam keadaan getir dan sukar yang mungkin dilalui. Seperti kehilangan saudara, mengalami keguguran,  tidak menyelesaikan beberapa tugasan yang ingin dilakukan dan sebagainya.

Ketika itu, anda harus berdiri bersama-samanya bagi mengeluarkan masalah yang dihadapinya. Maka, untuk meningkatkan motivasi hidupnya, perlulah menerima sesuatu perkara yang realiti dan redha dengan ketentuan Allah taala.