Buletin SalamWebToday
Daftar untuk mendapatkan artikel SalamWeb Today setiap minggu!
Maafkan kami, ralat berlaku disebabkan oleh:
Dengan melanggan, anda bersetuju dengan Syarat dan Dasar Privasi SalamWeb
 Seni Buletin

Percaya atau tidak, santan kelapa membantu kurangkan kolesterol

Kesihatan 05 Dis 2020
Pilihan oleh Md Wa'iz
Percaya atau tidak, santan kelapa membantu kurangkan kolesterol
Percaya atau tidak, santan kelapa membantu kurangkan kolesterol © Neosiam | Dreamstime.com

Masakan orang Melayu banyak menggunakan santan kelapa sebagai bahan utama. Sebarang masakan yang menggunakan santan pasti akan menarik selera makan kita.

Namun, benarkah ada kajian yang menyatakan bahawa, santan sebenarnya makanan yang sihat dan boleh membantu mengurangkan kolesterol tubuh?

Santan kelapa membantu kurangkan kolesterol?

Ramai yang tertanya-tanya, adakah santan kelapa benar-benar boleh membantu menurunkan kolesterol dalam tubuh? Ini kerana, santan kelapa sering dikaitkan dengan kandungan lemak tepu yang tinggi.

Sebenarnya, tidak banyak kajian telah dilakukan secara terperinci keatas santan kelapa. Namun ada kajian yang mencadangkan bahawa ia mungkin boleh memberikan manfaat terhadap mereka yang mempunyai paras kolesterol yang normal dan tinggi.

Kajian yang dijalankan terhadap 60 orang lelaki mendapati, bubur dengan santan kelapa membantu menurunkan kolesterol jahat dalam tubuh. Ia lebih berkesan berbanding bubur dengan susu soya.

Selain itu, didapati bahawa bubur dengan santan kelapa juga menaikkan paras kolesterol baik sehingga 18% di dalam tubuh. Berbanding hanya 3% bagi bubur dengan susu soya. Kolesterol yang baik amat penting bagi kesihatan jantung anda, tidak seperti kolesterol jahat yang boleh meningkatkan risiko sakit jantung.

Walaupun ada sesetengah kajian menunjukkan bahawa kolesterol jahat akan meningkat jika mengambil santan kelapa, namun paras kolesterol baik sebenarnya turut meningkat.

Bukan itu sahaja, ia boleh merangsang penurunan berat badan

Mungkin anda tidak begitu percaya dengan kenyataan ini, tetapi ada kajian yang membuktikannya. Santan kelapa sebenarnya mengandungi kandungan trigliserida rantaian sederhana atau ringkasnya MCT (Medium-Chain Triglycerides), dan MCT ini adalah sejenis lemak sihat.

Kajian menyatakan bahawa MCT berperanan dalam mengurangkan berat badan dan juga mengecilkan saiz pinggang anda.

Selain itu, MCT juga bertindak menyeimbangkan kandungan bakteria usus yang tidak stabil kerana bilangan bakteria usus yang tidak stabil boleh menyebabkan seseorang itu cenderung untuk mendapat obesiti.

MCT bantu kurangkan selera makan

Ada juga beberapa kajian yang menyatakan, MCT yang terdapat dalam santan kelapa boleh membantu mengurangkan selera makan dan seterusnya mengurangkan pengambilan kalori dalam pemakanan harian.

Kesan yang berlaku adalah berbeza jika anda mendapatkan MCT daripada sumber lemak lain selain santan kelapa.

Kajian yang dijalankan pada tahun 2015 terhadap lelaki yang berlebihan berat badan mendapati, mereka yang mengambil MCT pada waktu sarapan pagi membuatkan mereka kurang untuk mengambil makanan lain pada waktu makan yang berikutnya.

Ada khasiat, tetapi kurangkan pengambilannya

Walaupun santan kelapa boleh memberikan manfaat sebegini kepada tubub badan kita, tidak bermakna kita boleh mengambilnya dengan jumlah yang banyak atau tanpa kawalan.

Ini kerana santan kelapa masih lagi mempunyai kandungan kalori dan juga lemak tepu yang tinggi. Oleh itu, kawal pengambilan makanan bersantan setiap hari agak tidak terlalu banyak sehingga boleh menyebabkan peningkatan berat badan.