Perdana Petroleum peroleh kontrak Petronas Carigali bernilai RM36 juta

Uncategorized MAS 10-Dis-2019

Susulan pengumuman perolehan kontrak bernilai RM36 juta semalam, saham Perdana Petroleum aktif didagangkan pada sesi pagi hari ini. Dua kontrak berkenaan adalah untuk membekalkan dua kapal bekalan, tunda dan pengendalian sauh (AHTS), diperoleh anak syarikat milik penuhnya, Perdana Nautika Sdn Bhd (PNSB).

PNSB akan menyediakan kapal AHTS dengan anak kapal dan peralatan bagi menjalankan perkhidmatan 24 jam untuk membantu dan menyenggara pelantar penggerudian, pemasangan luar pesisir, tongkang derrick, kerja-kerja penundaan dan sauh.

Dengan 16.79 juta saham diperdagangkan, harga saham Perdana Petroleum naik dua sen kepada 37.5 sen pada 11.37 pagi.