Pereka Fesyen Rizman Nordin Kini Bergelar Suami

Pereka fesyen terkenal yang merupakan salah seorang daripada duo jenama Rizman Ruzaini iaitu Rizman Nordin telah selamat diijabkabulkan bersama pasangannya yang dikenali sebagai Nurida Suraya pada 13 September 2019 yang lalu.

Hanya dengan sekali lafaz, Rizman sah bergelar suami kepada Nurida Suraya dalam majlis akad nikah yang diadakan di Glass House Seputeh Kuala Lumpur.

Kedua-dua pasangan mempelai mengenakan pakaian traditional berwarna putih untuk hari bahagia mereka. Begitu juga dengan para tetamu yang hadir mengikut tema warna yang sama.

Antara barisan tetamu yang dilihat pada majlis itu adalah rakan-rakan selebriti yang merupakan pelanggan setia Rizman Ruzaini seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Ziana Zain, Erra Fazira, Nur Fazura, Fattah Amin serta sahabat handai dan ahli keluarga kedua belah mempelai.

Majlis resepsi turut di adakan di sebelah petang serta sebuah majlis resepsi diadakan di kampung halaman Rizman iaitu di Pulau Pinang.

Pasangan itu akan diraikan sekali lagi dalam sebuah majlis resepsi yang bakal diadakan di sebuah hotel terkemuka ibu negara pada 21 September ini.

Tahniah SalamToday ucapkan kepada Rizman dan isteri. Semoga ikatan perkahwinan yang dibina berkekalan dan bahagia hingga ke syurga.

 

Foto : Instagram Rizman Ruzaini & CTDK