Persekitaran Web Patuh Muslim.. Ketahuiselanjutnya

Peristiwa Penting Yang Berlaku Pada 10 Muharram

Sahsiah Helmi Anuar 30-Ogo-2019

Bulan Muharram adalah bulan pertama di dalam kalendar Islam. Apabila tiba 10 Muharram, umat Islam digalakkan untuk melakukan ibadah puasa sunat Asyura.

Namun tahukah anda pada tarikh ini, terdapat pelbagai peristiwa penting yang telah berlaku. Antara peristiwa-peristiwa yang penting yang terjadi apda 10 Muharram adalah seperti berikut;

  1. Nabi Adam AS bertaubat kepada Allah SWT. – 10 Muharram adalah hari di mana dosa Nabi Adam AS telah diampunkan Allah SAW selepas melanggar perintah Allah supaya tidak memakan buah khuldi.
  2. Berlabuhnya kapal Nabi Nuh AS di Bukit Zuhdi – Selepas bumi ditenggelamkan selama 6 bulan, akhirnya kapal Nabi Nuh AS yang turut membawa makhluk lain bersama telah berlabuh di atas bukit ini.
  3. Nabi Ibrahim AS terselamat daripada api raja Namrud – Nabi Ibrahim AS telah diperintahkan Raja Namrud untuk dibakar di dalam api yang besar kerana enggan menerima tuhan mereka. Namun Allah SWT telah menyelamatkan Nabi Ibrahim dan tidak terbakar biarpun dicampak ke dalam api yang marak.
  4. Nabi Musa AS terselamat dari Firaun – Firaun memerintahkan tenteranya untuk mengejar Nabi Musa AS namun setibanya di laut merah, dengan kuasa Allah SWT, laut merah terbelah dua dan Nabi Musa berjaya menyeberangi laut tersebut.
  5. Nabi Yunus AS terselamat dari perut ikan paus – Nabu Yunus AS telah keluar dari perut ikan paus selepas 40 hari berada di dalam perut ikan tersebut

 

Sumber : www.tribunnews.com , Wikipedia

Related articles
Pendapat Pendapat
MAS
Kolumnis

Konsisten. Cuba untuk mula tidur pada masa yang sama setiap malam dan bangun pada waktu yang sama setiap pagi. Termasuk ketika hujung minggu. Tubuh manusia gemarkan rutin dan akan mampu menjangkakannya jika kita memiliki dengan rutin tidur yang teratur. Sebagai peringatan cuba tetapkan penggera pada telefon untuk berbunyi 30 minit sebelum memulakan rutin bertenang (wind-down).

Teruskan Teruskan
Pendapat Pendapat
MAS
Kolumnis

Penyongsangan sangat berguna untuk mencabar kepercayaan kita. Ia memaksa kita untuk menimbangkan hujah-hujah yang bertentangan. Penyongsangan menghalang kita daripada terus membuat keputusan sejurus selepas kesimpulan awal. Ia adalah satu teknik untuk mengatasi kecenderungan yang berat sebelah (confirmation bias).

Teruskan Teruskan
Pendapat Pendapat
Adea Ghafar
Adea Agi
Kolumnis

Bagaimana caranya kita boleh hidup sihat dalam bahagia? Sebagai tambahan kepada memiliki warisan baka atau genetik yang subur, kehidupan yang sihat dan bahagia bergantung pada tabiat dan minda yang baik. Ia tidak boleh dicapai secara tidak sengaja. Dengan pengamalan kepercayaan dan ajaran Islam, contohnya memupuk sikap positif, beribadat, sifat bertanggungjawab dan mempunyai nilai moral - seseorang itu pada dasarnya telah mengamalkan tabiat dan minda yang baik dan dapat mengekalkan kesejahteraan psikologi melalui kebahagiaan iman.

Teruskan Teruskan
Kepercayaan Adea Ghafar 23-Jan-2020 Menyemai rasa cinta kasih keluarga