Persekitaran Web Patuh Muslim.. Ketahuiselanjutnya

Perjanjian Oslo 1995 dibatal Palestin

Dunia Adea Ghafar 31-Jan-2020
Palestin
© Ruletkka | Dreamstime.com

Atas permintaan negara Palestin, Liga Arab akan mengadakan mesyuarat tergempar di kalangan menteri-menteri pada 1 Februari untuk membincangkan apa yang kononnya digelar ‘pelan damai abad ini’.

Menurut Menteri Hal Ehwal Awam Pihak Berkuasa Palestin, Hussein al-Sheikh dalam satu temu bual dengan stesen televisyen Al-Jazeera, Israel telah dimaklumkan bahawa pihak berkuasa negara Palestin tidak akan mematuhi perjanjian sedia ada mereka. Hussein juga berharap agar negara-negara Arab dan negera-negara Islam lain akan menjadi tulang belakang dalam menyokong pendirian Palestin.

Semasa sidang akhbar di Rumah Putih, Presiden America, Donald Trump dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah mengumumkan mengenai pelan rancangan yang bercita-cita untuk menamatkan konflik Israel-Palestin. Bagaimanapun, tiada wakil Palestin pada masa pengumuman dibuat, di mana Trump telah merujuk kepada Jerusalem sebagai satu-satunya ibu negara Israel.

Apa yang Trump anggap sebagai perancangan kedamaian yang gah itu hanya bersifat unilateral dan secara efektifnya membatalkan keputusan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai isu Palestin. Ini mencetuskan kritikan yang keras dari masyarakat antarabangsa kerana ia telah memberikan hampir segalanya kepada Israel.

Di bawah Perjanjian Oslo 1995 di antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin, kawasan Tebing Barat termasuk Baitulmuqaddis Timur dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Kawasan A, B dan C. Perjanjian itu membolehkan Israel menghalang rakyat Palestin daripada mendirikan sebarang binaan di kawasan Tebing Barat C, yang berada di bawah pentadbiran dan kawalan Israel.

Kawasan C kini menempatkan 300,000 penduduk Palestin yang terdiri suku badwi dan komuniti penternakan yang majoritinya tinggal di dalam khemah, karavan dan gua. Undang-undang antarabangsa melihat Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur sebagai wilayah yang diduduki, dan semua kegiatan pembinaan penempatan Yahudi di kawasan itu adalah haram.

Ingin berkata sesuatu?

Sila berhubung!

Related articles
arabian astronomy book Dunia Muhammad Nassar 17-Mac-2020 Sejarah Politik Islam Agama Taufiq Sugeng 16-Mac-2020 Feminisme Barat dan “masalah” Hijab
Pendapat
Pendapat 14-Mac-2020
Nor Fadhil
Kolumnis

Islamophobia merupakan salah satu bentuk perkauman dan orang Islam adalah kumpulan sebuah kaum sama seperti kumpulan keugamaan dan kumpulan politik. Umat Islam sering dianggap kelompok monolitik. Mereka dianggap tidak peka pada pertimbangan yang rasional dan logik, dan bersifat ganas. Kehidupan mereka dikatakan tidak sesuai dengan cara kehidupan Barat. Atas sebab inilah orang kulit putih yang memeluk Islam dan dibesarkan di Britain disuruh pulang ke negara asal mereka, kerana menurut pandangan orang luar, Islam dan berkulit putih adalah konsep yang bercanggah.

Teruskan Teruskan
Pendapat
Pendapat 09-Mac-2020
Grigory-Matyunin
Grigory Matyunin
Kolumnis

Tidak seperti pemerintah kuku besi dan parti politik pinggiran, buku-buku ini jarang membuat cerita dongeng, walaupun ini pernah terjadi. Namum, kesannya tetap menimbulkan bahaya. Mereka menggunakan kepalsuan dan taktik menidakkan apa yang berlaku dalam sejarah dengan memilih dan membesarkan fakta yang palsu, tanpa mempedulikan  pandangan yang bertentangan. Mereka langsung tidak memeriksa fakta.

Teruskan Teruskan