Persekitaran Web Patuh Muslim.. Ketahuiselanjutnya
Pendapat 08-Mac-2020

“Perjanjian terulung Abad” Trump adalah natijah dasar America Syarikat

Muhammad Nassar
Taufiq Sugeng
Kolumnis
Donald Trump attends the 'All-Star Celebrity Apprentice' Red Carpet Event at Trump Tower on April 1, 2013 in New York City

Semenjak Donald Trump muncul untuk bertanding dalam pilihanraya, pendapat umum adalah beliau merupakan kelainan dan perubahan arah tuju. Selepas memilih President kulit hitam yang pertama, golongan liberal berharap akan terpilih pula pemimpin wanita. Donald Trump yang kelihatan kasar dan tidak mempunya sifat-sifat budiman dianggap memundurkan arah progresif keadilan sosial dan kemakmuran.

Naratif yang dilaungkan oleh pendukung parti Demokratik sebenarnya tidak dapat bertahan. Pemerhati cepat menunjukkan kesinambungan dalam dasar migrasi Trump dan Obama, dan dasar terhadap hak asasi wanita antara Trump dan pemimpin Parti Republikan sebelumnya. Potongan cukai beliau untuk golongan kaya, walau nampak luarbisa, juga bukan sesuatu yang baru. Tetapi sokongan Trump yang padu terhadap Israel dalam arena antarabangsa, lebih- lebih lagi “penjanjian terulung Abad” baru-baru ini dianggap sebagai perubahan yang belum pernah terjadi.

Keputusan Trump pada mata kasar  nampak radikal. Perjanjian itu menyarankan diiktiraf perkampungan haram yang diduduki Israel. Ini menolak secara terang-terangan undang-undang antarabangsa. Beliau juga mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel yang tidak berbelah bagi. Ini dikuatkan lagi dengan perpindahan kedutaan Amerika ke sana. Beliau juga merusaha melucutkan hak jutaan perlarian untuk pulang dan memotong pembiayaan kepada UNRWA, agensi yang membantu rakyat Palestin.

Beliau juga menyokong keganasan Israel terhadap negara yang mempunyai majoriti penduduk Islam. Sebagai contoh, beliau memusnahkan Perjanjian Nuklear Iran dan mengikitraf kedaulatan Israel  di Dataran Golan yang dirampas secara haram selepas Perang Enam Hari 1967.

Jelasnya dasar Amerika terhadap Israel tidak berubah. Berdekad-dekad lamanya, Amerika Syarikat menganggap Israel sebagai benteng strategik terhadap nationalisme sekular Arab yang dilihat sebagai ancaman utama ke atas kedudukan strategiknya di Timur Tengah. Seperti yang diutarakan oleh ahli sejarah Avi Shlaim, Israel dan Amerika Syarikat cuba menggagalkan kemunculan Ataturk Arab yang berusaha membebaskan cengkaman pengaruh Barat dengan memodenkan politik dan ekonomi dunia Arab. Krisis Suez 1956 dan Perang Enam Hari bermula dengan objektif membantutkan modenisasi dunia Arab dan mengekang kemerdekaan, sekaligus menguatkan monopoli Israel untuk mengunakan kekerasan di rantau itu.

Sokongan Trump terhadap dasar Israel ke atas Palestin juga selaras dengan pemimpin Amerika Syarikat sebelumnya. Perjanjian terbaru beliau sama dengan saranan sebelumnya yang mencipta rangka untuk sistem aparteid yang disamar sebagai proses kedamaian. Rancangan kedamaian ini membawa imbasan Perjanjian Oslo dengan tujuan asal memberi Palestin sebuah negara yang kecil dan tidak bertentera, berdaulat hanya dalam nama, tetapi langsung tidak ada kuasa ke atas sempadannya sendiri. Penduduk Palestin kemudiannya digajikan untuk menjaga keselamatan Israel. Impian menempatkan ibu kota di Timur Baitulmaqdis akan di hapuskan, sama juga kekuasan terhadap Masjid Al-Aqsa, masjid ketiga terpenting dalam Islam. Semua ini sama dengan Perjanjian Oslo yang dari mula tiada objektif menghidupkan kedamaian di Timur Tengah.

Trump dan pemimpin sebelumnya menyokong Israel di sepanjang keganasan terhadap penduduk Gaza. Tahun ini Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyifatkan Gaza tidak sesuai didiami. Kekejaman IDF membunuh para pembantah yang berkumpul secara aman  sering mendapat perlindungan diplomatik Amerika. Israel juga sebelum ini mendapat sokongan Obama dalam serangan ganas Operation Protective Edge yang membunuh 2,251 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awam.

Trump mungkin telah bertindak lebih jauh dari Obama dan Bush dalam memberi sokongan kepada  ketenteraan dan penindasan yang dilakukan Israel. Tetapi dasar asas beliau tidak berubah dari pemimpin sebelumnya. Mereka yang perihatin terhadap masa depan Palestin dan kestabilan Timur Tengah perlu sedar kebenaran yang pedih ini.

Ingin berkata sesuatu?

Sila berhubung!

Related articles
Pendapat
Pendapat 07-Mac-2020
Muhammad Nassar
Taufiq Sugeng
Kolumnis

Umat Islam di seluruh dunia dibebani dengan pelbagai bentuk penindasan.samada sekatan agama, pemerintah yang korup atau aparatus kekejaman. Kian ramai Muslim berarak di jalan-jalan raya membantah dan menuntut keadilan.

Teruskan Teruskan
Pendapat
Pendapat 14-Mac-2020
Nor Fadhil
Kolumnis

Islamophobia merupakan salah satu bentuk perkauman dan orang Islam adalah kumpulan sebuah kaum sama seperti kumpulan keugamaan dan kumpulan politik. Umat Islam sering dianggap kelompok monolitik. Mereka dianggap tidak peka pada pertimbangan yang rasional dan logik, dan bersifat ganas. Kehidupan mereka dikatakan tidak sesuai dengan cara kehidupan Barat. Atas sebab inilah orang kulit putih yang memeluk Islam dan dibesarkan di Britain disuruh pulang ke negara asal mereka, kerana menurut pandangan orang luar, Islam dan berkulit putih adalah konsep yang bercanggah.

Teruskan Teruskan
Pendapat
Pendapat 09-Mac-2020
Grigory-Matyunin
Grigory Matyunin
Kolumnis

Tidak seperti pemerintah kuku besi dan parti politik pinggiran, buku-buku ini jarang membuat cerita dongeng, walaupun ini pernah terjadi. Namum, kesannya tetap menimbulkan bahaya. Mereka menggunakan kepalsuan dan taktik menidakkan apa yang berlaku dalam sejarah dengan memilih dan membesarkan fakta yang palsu, tanpa mempedulikan  pandangan yang bertentangan. Mereka langsung tidak memeriksa fakta.

Teruskan Teruskan
Pendapat
Pendapat 09-Mac-2020
Muhammad Nassar
Muhammad Nassar
Kolumnis

Politik sebenarnya adalah sebuah proses dalam hal pembentukan dan juga untuk proses pembagian kekuasaan dalam lingkungan masyarakat.

Teruskan Teruskan