Perkara bahaya yang mengelilingi wanita muslimah

Keluarga Zalika Adam
Pilihan oleh Zalika Adam
Perkara bahaya yang mengelilingi wanita muslimah
Perkara bahaya yang mengelilingi wanita muslimah © Chernetskaya | Dreamstime.com

Terdapat beberapa bahaya atau ketidaksesuaian yang membawa kepada masalah yang dihadapi oleh wanita Muslimah. Terutama pada masa kini, dengan banyaknya berlaku penipuan. Ada kaedah dan alat yang digunakan untuk menggoda wanita Muslimah. Menjauhkan mereka dari hukum Islam dan membimbing mereka dalam semua bentuk dan cara.

Perkara-perkara ini memepengaruhi wanita Muslimah dari Timur dan Barat. Mereka juga menjadi sukarelawan untuk beberapa saluran, program dan siri tersebut. Ianya bertujuan untuk melukis gambar wanita Muslimah yang membuatkan mereka berasa patuh kepada agama dan pengabdian.

Perkara bahaya yang mengelilingi wanita muslimah

Penampilan moden menarik mereka lebih penting daripada yang lain. Di sinilah wanita Muslimah menghadapi bahaya dan masalah, dan dikenakan sekatan, terutamanya dalam masyarakat bukan Islam.

Penulis telah mengenal pasti beberapa ketidaksesuaian dan bahaya yang boleh dihadapi oleh wanita Muslimah.

Muslimah hanya pada nama

Mengasingkan wanita Muslimah, mengubahnya menjadi anak patung barat dengan pakaian menyerupai telanjang, mengubah penampilannya dan menyiarkan idea yang tidak sesuai dengan Islam di kepalanya.

Ia bertujuan untuk menjauhkannya dari fahaman Islam, menjadikannya terarah kepada persamaan bukan Islam dan bebas mengambil cara ini untuk melakukan segala kemungkaran.

Kemudian dia menjadi seorang Muslimah hanya pada nama sahaja, kerana isinya tidak ada kaitan dengan Islam. Inilah bahaya yang nyata pada masa kini dalam realiti kita sekarang.

‘Tamak’ dengan kecantikannya

Bahaya ini berpunca dari bahaya yang pertama. Setelah wanita Muslimah itu menjadi boneka Barat dalam pakaiannya, maka lahirlah fitnah kepada manusia. Jadilah dia dipamerkan kepada serigala manusia dan menarik perhatian semua pihak.

Maka, jadilah seseorang Muslimah itu di bawah kekuasaan orang yang mendorongnya menggantinya pakaian yang sopan dengan pakaian lain. Jelas, lebih banyak fitnah lantas  menjadikan orang tanpa maruah dan agama menghampirinya.

Berhati-hatilah dari terjerumus ke arah ini. Cantikkan diri anda dengan pakaian agama dan kesopanan.

Mengubah Muslimah menjadi alat menghancurkan masyarakat

Musuh-musuh Islam tahu bahawa masyarakat Islam yang kukuh adalah berpunca daripada wanita dan keluarga. Oleh itu, mereka ingin menyerang komuniti Islam dari binaannya. Maka, pilihan mereka jatuh pada wanita untuk menjadi tumpuan perbualan dan rancangan mereka.

Mereka menyiapkan sesuatu untuk dia mendengarkan bagi menghasilkan pakaian dan busana moden.  Mereka menanam di kepalanya bahawa kebahagiaannya adalah kebebasan dari masyarakat lelaki yang hidup bersama-sama mereka. Sehingga mereka membuka jalan panjang di depannya dari tipu daya dan keluar dari sifat malu.

Dan Nabi SAW bersabda: “Waspadalah terhadap dunia ini dan berhati-hatilah terhadap wanita, kerana fitnah pertama Bani Israel adalah dengan wanita.”

Penyertaan wanita di bidang yang tidak sesuai

Mereka tiada perlindungan secara amnya dan hal ini berlaku kerana wanita telah menjadi barangan. Dia telah digabungkan dalam masyarakat Islam untuk melakukan pekerjaan yang tidak sesuai dengan kewanitaannya.

Seterusnya, peranan ayah juga tiada untuk memberi panduan dan perlindungan, kelemahan undang-undang dan kurangnya penyertaannya. Di samping itu, terdapat peranan wanita dalam penyertaan yang menyebabkan dia bersama-sama lelaki dan kelihatan bersama mereka. Hal ini memberi peluang kepada fitnah yang menyebabkan keraguan dan cemburu bapa atau suaminya.

Penyertaan wanita sebegini seolah-olah dimabukkan dengan kelakuan dan norma kebaratan. Maka, jadilah wanita itu mempunyai ciri wanita Islam yang amat terancam. Jelaslah, wanita terpengaruh kepada elemen Barat dan berkelakuan seolah-olah mereka salah seorang daripada masyarakat itu.

Meminggirkan peranan dalam keluarga, membuka ruang di tempat bekerja

Beberapa buah negara Islam telah mengambil polisi baru, iaitu mengkhususkan pekerjaan wanita dan memberi mereka peluang untuk mengambil beberapa posisi kepemimpinan. Ia bertujuan untuk mewujudkan kesetaraan antara lelaki dan wanita dalam masyarakat.

Walaupun masalahnya tidak sunyi daripada hujah kelemahan, wanita akan berfikir bahawa dia adalah pemimpin yang berinovasi, sesuai dengan peranannya dalam keluarga. Tetapi sebahagian daripada mereka mengabaikan kewajipan di rumah, sehingga membawa kepada masalah kekeluargaan.

Sebahagian mereka juga hidup dalam tekanan pekerjaan sebagai ketua, pengurus dan lain-lain. Hanya sedikit sahaja yang mampu untuk berjaya dalam kedua-dua bidang secara serentak, iaitu pekerjaan dan keluarga.

Semoga tulisan ini dapat mengingatkan kaum Muslimah dan memberikan inspirasi serta kekuatan dalam menghadapi kehidupan. Teruslah berdoa kepada Allah SWT agar mendapat panduan, berkat dan rahmat-Nya sentiasa.