Perlu lebih bertanggungjawab guna teknologi, komunikasi alam maya – Agong

Uncategorized Hafiz Firdaus 07-Dis-2019

PEKAN, 7 Dis — Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah sebagai Canselor universiti pada Majlis Konvokesyen ke enam DRB-Hicom University of Automotive Malaysia agar rakyat lebih bertanggungjawab menggunakan teknologi moden dan komunikasi alam maya.

Teknologi harus dijadikan alat untuk kesejahteraan rakyat dan mencipta kejayaan. Rakyat harus berkewajiban dan menghargai kerukunan negara, bukannya menggugat perpaduan dan keharmonian.

Institusi pengajian tinggi perlu melakukan pelbagai transformasi dalam menyediakan graduan untuk menghadapi revolusi perindustrian keempat yang memberi impak kepada kehidupan dan landskap dunia masa hadapan.

Antara yang turut hadir ialah Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom Berhad, Datuk Seri Syed Faisal Albar.