Permodalan Nasional Bhd (PNB) umum 5.5 sen agihan pendapatan untuk Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Uncategorized MAS 18-Dis-2019

PNB mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 5.00 sen seunit dan bonus 0.50 bagi ASB untuk tahun 2019. Jumlah ini membabitkan bayaran RM9 bilion kepada lebih 10 juta pemegang unit.

65% pelaburan ASB adalah dalam pasaran saham Malaysia. FBM KLCI Bursa Malaysia mencatatkan penyusutan 7.2% setakat ini. Kemerosotan nilai pasaran saham mengakibatkan dividen lebih rendah kerana bayaran dividen adalah daripada keuntungan yang direalisasikan.

PNB berpuas hati dengan pencapaian ini akibat keadaan pasaran yang mencabar. Perkara ini berikutan ketidaktentuan pasaran, perang perdagangan AS-China, ketegangan geopolitik, serta kelembapan perdagangan global.

Bursa Malaysia diramal mencatat prestasi lebih baik pada separuh kedua tahun hadapan.