Persidangan berkaitan tulisan Jawi dibatalkan susulan perintah mahkamah

Uncategorized Adea Ghafar 27-Dis-2019
© Phaechin - Dreamstime.com

KUALA LUMPUR, 27 Dis — Pertubuhan pendidikan Cina, Dong Zong dan Jiao Zong (Dong Jiao Zong) memaklumkan bahawa persidangan membantah tulisan Jawi di sekolah-sekolah vernakular yang sepatutnya berlangsung di sebuah kolej universiti di Kajang, telah dibatalkan selepas menerima perintah mahkamah.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof menyatakan, perintah mahkamah yang telah diserahkan kepada pihak Dong Jiao Zong itu dipohon atas dasar mengelakkan daripada berlakunya gangguan ketenteraman awam.

Pihak polis akan bertindak tegas kepada semua pihak samada yang masih mahu hadir ke persidangan itu ataupun yang menghadiri perhimpunan lain bagi membantah perhimpunan Dong Jiao Zong tersebut.