Pertanian Islam Abad Pertengahan

Islam Hanita Hassan
Hanita Hassan
Pertanian Islam Abad Pertengahan
Pertanian Islam Abad Pertengahan © Yulan | Dreamstime.com

Setiap kali menyebut tentang Zaman Keemasan Islam dan sumbangan para saintis Muslim, yang digambarkan adalah bidang matematik, perubatan, dan astronomi.

Namun, ramai yang tidak mengetahui bahawa sumbangan mereka jauh melangkaui bidang tersebut. Kerana tidak ada aspek sains yang tidak dipengaruhi oleh umat Islam dan ia termasuklah bidang pertanian.

Artikel ini akan mengetengahkan dan memberi tumpuan kepada sumbangan intelek Muslim terhadap bidang pertanian semasa Zaman Keemasan Islam.

Pertanian Islam Abad Pertengahan

Tempoh di antara abad ke-8 hingga ke-13 adalah  tempoh masa yang sangat progresif untuk pertanian, terima kasih kepada para saintis Muslim. Dengan adanya sarjana seperti Ibn Wahshiyyah dari bangsa Nabata, Abu Zakariya Ibn al-Awwam (Ibn al-‘Awwan), dan Ibn Bassal, umat Islam telah membawa perubahan dalam sains pertanian.

Ibn Wahshiyyay merupakan pelopor yang telah menulis salah sebuah buku Arab pertama khusus kepada agronomi berjudul Al-FilahatAl-Nabatiyya (diterjemah sebagai Pertanian Nabatean) dan ia adalah berdasarkan legenda sebenar.

Ramai yang tidak mengetahui tentangnya tetapi doktor dan pakar bedah Muslim yang hebat iaitu Abu al-Qasim Khalaf Ibn Al-Abbas Al-Zahrawi Al-Ansari (lebih dikenali sebagai Albucasis). Beliau juga merupakan seorang pakar pertanian berbakat. Beliau menulis Kitab al-Filaha Mukhtasar yang terkenal (diterjemah sebagai Buku Pertanian Ringkas).

Kemudian terdapat juga cendekiawan dalam bidang botani dan agronomi yang tidak dapat ditandingi iaitu Ibn Bassal. Dalam karya agungnya berjudul Diwan Al-Filaha (diterjemah sebagai Dewan Pertanian), beliau menerangkan dengan terperinci mengenai 177 spesis tumbuhan.

Ibnu Bassal terkenal sebagai cendekiawan yang sangat teliti merentasi setiap bahagian dunia Islam yang mengumpulkan semua tentang agronomi. Oleh itu, apabila bukunya diterbitkan, kandungannya dipenuhi penerangan yang komprehensif.  Ia mencakupi pelbagai khasiat dalam tanaman seperti herba, pokok, sayur-sayuran (akar dan daun), rempah-rempah, dan banyak lagi. Dalam bukunya itu, beliau memberi perincian cara-cara merawat dan membiakkan tanaman.

Pelbagai sumbangan para sarjana Muslim

Sumbangan para sarjana Muslim yang pakar ini tidak berakhir di situ. Pada abad ke-12, seorang ahli agronomi Islam iaitu Ibn al-Awwam menerbitkan buku yang telah meraih perhatian ramai berjudul Kitab Al-Filaha (diterjemah sebagai Risalah Pertanian).

Dalam buku ini, ia membincangkan tentang cara-cara pembiakan tanaman seperti kurma dan zaitun, penanaman zaitun dan anggur. Ia juga menyentuh tentang penggiliran tanaman menggunakan barli atau gandum dengan rami.

Penternakan haiwan juga  salah satu penemuan yang telah ditinggalkan oleh umat Islam. Kambing biri-biri adalah salah seekor haiwan yang telah disahkan oleh Islam sebagai haiwan yang halal (dibenarkan) dan ia sebagai sembelihan pada perayaan umat Islam.

Oleh itu, tidak hairanlah apabila ahli arkeologi mendapati bahawa para saintis Muslim pada zaman itu mengubah gaya penternakan dengan lebih khusus mengenai saiz kambing biri-biri.

Sumbangan umat Islam di Zaman Pertengahan dalam bidang pertanian tidak lengkap tanpa menyebut penemuan mereka dalam kaedah pengairan. Di Sepanyol misalnya, di bawah pemerintahan umat Islam pada zaman Ummayah. Para jurutera Muslim hadir dengan sistem pengairan yang cerdik berdasarkan roda yang digerakkan oleh binatang.

Ia juga dikenali sebagai Sakia dan sangat efisien sehingga digunakan bahkan hingga ke luar negara Sepanyol dan  dijumpai di tempat-tempat yang lebih jauh seperti Maghribi dan kawasan sekitarnya.

Semoga Allah SWT memberikan pengetahuan yang lebih besar untuk kepentingan umat Islam generasi ini dan untuk terus beribadah kepada-Nya, aamin.

Enjoy Ali Huda! Exclusive for your kids.