Pertimbangan serius bagi permintaan satu peratus KDNK untuk sektor pertahanan

Uncategorized Adea Ghafar 04-Dis-2019

PUTRAJAYA, 3 Dis – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menegaskan beliau akan memberi pertimbangan serius terhadap permintaan Kementerian Pertahanan supaya diberikan peruntukan satu peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setiap tahun untuk sektor pertahanan.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata selepas membentangkan Kertas Putih Pertahanan (KPP) di Dewan Rakyat semalam, bahawa permintaan itu adalah bagi memastikan keperluan dan perbelanjaan Kementerian Pertahanan pada masa hadapan adalah mencukupi.

Lim menegaskan Kementerian Pertahanan telah diperuntukkan sebanyak RM15.6 bilion dalam Belanjawan 2020, dan ia adalah antara kementerian yang diberikan fokus utama, dengan perhatian yang sepatutnya kepada anggota keselamatan negara.