Peruntukan RM75j diagih ke sekolah pondok, tahfiz

Uncategorized Hafiz Firdaus 17-Dis-2019

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mujahid Yusof mengumumkan peruntukan RM75 juta daripada Belanjawan 2019 dengan jumlah RM50 juta kepada sekolah pondok dan RM25 juta kepada sekolah tahfiz. Ini merupakan komitmen kerajaan dalam memastikan pembangunan dan pengukuhan 617 institusi tahfiz dan 130 pondok berdaftar.

Bercakap di majlis penyerahan peruntukan tersebut di Putrajaya, Dr Mujahid berharap bantuan ini dapat dimanfaatkan dengan baik, terutamanya dalam menaik taraf kemudahan prasarana agar tidak dilihat dalam persepsi yang negatif.

Komitmen ini adalah agenda berterusan yang dituruti dalam Belanjawan 2020 dengan peruntukan yang sama disalurkan kepada kedua-dua institusi tersebut.