Petronas selesaikan urus niaga blok MISC, Petronas Dagangan dan Petronas Gas

Perniagaan Adea Ghafar 10-Dis-2019

KUALA LUMPUR, 10 Dis — Sebagai sebahagian daripada strategi pengurusan portfolio Petroliam Nasional Bhd (Petronas), dagangan urus niaga blok ke atas saham-saham MISC Bhd, Petronas Dagangan Bhd dan Petronas Gas Bhd. telah berjaya dipasarkan kepada dana institusi Malaysia.

Menurut Petronas, penjualan saham-saham tersebut akan membolehkan banyak penyertaan tempatan dan pemilikan dalam syarikat tersenarai awam, di samping mengekalkan kepentingan Petronas dalam MISC, Petronas Dagangan dan Petronas Gas sebagai subsidiarinya.

Petronas telah berjaya mengumpulkan lebih kurang RM6 bilion melalui pengurangan kepentingan dalam tiga anak syarikat tersenarai itu.