Petua tradisional menghilangkan angin dalam badan

Makanan Sihat Hagnas
Pilihan oleh Hagnas
Petua tradisional menghilangkan angin dalam badan
Petua tradisional menghilangkan angin dalam badan © Adrian825 | Dreamstime.com

‘Petua tradisional menghilangkan angin dalam badan’ – apakah maksud angin dan sebab ia terjadi? Angin dalam badan bermaksud sendawa, kentut dan perut berbunyi.

Manakala masalah angin pula apabila berlaku sendawa yang berterusan, kentut tidak lawas, dan kembung perut.

Punca utama terjadinya angin

Biasanya punca utama terjadinya angin ini ialah disebabkan menelan udara dan sewaktu proses pencernaan di mana bakteria dalam usus mencerna makanan.

Apabila kita makan dan minum, kita akan menelan udara secara sengaja mahupun tidak. Ini akan menyebabkan masalah angin jika terlalu banyak angin yang disedut dalam badan.

Minum minuman berkarbonat juga boleh menambahkan kandungan udara dalam badan. Makan makanan yang mempunyai serat tidak larut juga boleh menyebabkan masalah angin ini.

Makanan yang tidak dapat dicerna di dalam usus kecil akan dibawa ke usus besar dan akan menyebabkan gas hidrogen, karbon dioksida dan methane.

Mengenali masalah angin dalam badan dan rawatannya

Simptom utama yang dirasai ialah lesu, perut senak, perut berangin, rasa ingin muntah, pening, tegang pada leher dan perut, dan rasa tidak berselera.

Jika anda menghadapi masalah ini, anda boleh cuba rawatan moden ataupun tradisional. Jika kita ke farmasi biasanya ubat untuk angin ini ialah antacid atau simethicone.

Petua Tradisional

  • Dua inci halia direbus dalam dua cawan air dan diminum. Boleh dicampur dengan lemon dan madu, juga boleh dimakan begitu sahaja
  • Minum air rebusan betik. Rebus empat atau lima helai daun betik di dalam seliter air
  • Makan bawang putih samada mentah-mentah atau dibakar
  • Makan mengikut waktu selain pada waktu berpuasa
  • Berjalan selepas makan untuk memudahkan penghadaman makanan

Pilih makanan yang halal dan tayyib

Allah SWT memerintahkan sekalian manusia supaya memakan makanan yang halal. Bukan sahaja makanan itu wajib halal, makanan yang ingin kita makan juga hendaklah tayyib yakni baik untuk yang ingin memakannya.

Sebagai contoh, pisang itu makanan yang bagus, banyak khasiatnya dan halal namun tidak tayyib untuk dimakan terlalu kerap oleh pesakit diabetes. Pilihlah makanan yang sesuai untuk diri kita.

“Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah setan; karena sesungguhnya setan itu adalah musuh yang nyata bagimu.”

(Surah al-Baqarah, ayat 168)